VERSI : Mobile | Akhbar Digital
16 September 2014 / 21 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 21/08/2008

Lan Pet-Pet, Rubytah diijab kabul


Mazlan Ahmad (Lan Pet-Pet) di samping Rubytah Che Wan pada majlis pernikahan mereka di Alor Star, semalam.


ALOR STAR 20 Ogos - Percintaan selama 14 tahun antara pelawak siri komedi Senario, Lan Pet-Pet dengan Rubytah Abu Bakar @ Che Wan, berakhir di gerbang perkahwinan apabila mereka diijabkabulkan di Masjid Al-Bukhary di sini hari ini.

Dengan empat kali lafaz, Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, 39, sah menjadi suami kepada perunding pelaburan itu dengan kedua-dua mempelai kelihatan berseri mengenakan busana berwarna putih susu.

Pasangan tersebut dinikahkan dengan mas kahwin RM888 oleh juru nikah Masjid Al-Bukhary, Mohamad Isa Shaari setelah diwakilkan oleh adik Rubytah, Roshidi, 29, tepat pukul 12.10 tengah hari sambil disaksikan keluarga kedua- dua pihak.

Pada majlis itu juga, pasangan tersebut bertukar- tukar dulang hantaran iaitu tujuh dulang daripada Lan termasuk wang hantaran RM8,000 beserta sirih junjung, beg tangan jenama Gucci, kek dan senaskhah al-Quran.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:11
Asar 4:12
Maghrib 7:14
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.