VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Ogos 2014 / 5 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
KESIHATAN

ARKIB : 17/08/2008

Hidup terjejas akibat OsteoArtritis

Doktor,
SAYA berumur 58 tahun tetapi masih aktif bermain badminton dan lumba kereta. Sudah dua bulan saya mengalami sakit lutut kanan dan apabila bermain badminton dengan kawan-kawan yang cergas, saya tidak dapat bergerak pantas disebabkan lutut yang lemah.

Bermacam-macam ikhtiar telah diambil seperti urut cara tradisional, ke hospital dan diberi ubat conart dan ubat tahan sakit, memakai pelindung lutut dan menyapu fastum. Tetapi leganya sekejap sahaja.

Sekarang sudah dua bulan saya tidak bermain badminton, takut memburukkan keadaan. Kawan-kawan menasihatkan jangan membuat pembedahan sebab tidak semestinya ia akan melegakan. Apa nasihat doktor. Terima kasih.

– Zulkiffle Hassan,

Petaling Jaya

Jawapan:

Masalah yang dialami oleh saudara adalah masalah yang lazim dilihat dan keadaan ini dipanggil Osteo-Arthirtis (OA).

Terdapat banyak artikel di dalam media dan Internet mengenainya dan tidak kurang juga banyaknya produk yang di dalam pasaran sebagai rawatan untuk masalah ini. Sebelum itu cuba kita fahamkan maksud Osteo-Arthritis ini.

Osteo bermaksud tulang dan Arthiritis bermaksud keradangan atau inflamasi pada sendi yang mengandungi cecair synovial (synovial fluid), jadi bila disambungkan perkataan Osteo-Arthritis bermaksud keradangan sendi yang terjadi pada hujung tulang yang berartikulasi iaitu di kawasan sendi terutamanya sendi synovial.

Terdapat berpuluh-puluh sendi synovial di dalam badan manusia dan semuanya boleh terdedah kepada masalah OsteoArthritis ini, dan dalam kes anda melibatkan sendi lutut.

Pada bahagian lutut di mana tulang paha (femur) berartikulasi dengan tulang kering (tibia) adalah sendi synovial.

Pada hujung tulang tersebut diselaputi oleh lapisan rawan yang lembut dan licin di mana membolehkan pergerakan tulang paha dan tulang kering tersebut dalam sendi lutut lancar dan dipermudahkan dengan cecair synovial yang bertindak sebagai pelincir semulajadi dalam lutut. Tulang tempurung lutut juga adalah sebahagian daripada sendi lutut.

Di atas faktor-faktor tertentu contohnya terlebih gunaan lutut, berat badan yang berlebihan atau obes, faktor kerja yang berat pada jangka masa lama, aktiviti sukan yang terlalu lasak, kecederaan lama seperti kecederaan ligamen dan kepatahan tulang melibatkan sendi dan proses penuaan itu sendiri akan menyebabkan proses degenerasi atau ‘wear & tear’ berlaku pada permukaan lapisan rawan tersebut.

Lama-kelamaan permukaan rawan semakin haus dan menipis. Rawan menjadi agak keras dan permukaan tulang paha dan tulang kering pula bertemu dan berartikulasi tanpa lapisan rawan lagi dan pada masa ini setiap pergerakan sendi lutut menghasilkan bunyi geseran tulang tersebut bersama-sama dengan tempurung lutut, yang lazimnya permukaan rawannya juga rosak.

Rawan tersebut juga akan berderai di dalam sendi ini, bakal menghasilkan keradangan kepada lutut tersebut, dan lutut akan membengkak dan terasa sakit.

Selalunya adalah sukar untuk membengkokkan lutut secara sepenuhnya dan pesakit juga sukar melakukan solat secara normal.

Kesan OsteoArthritis tidak berlaku dalam beberapa hari akan tetapi prosesnya bermula sejak dari beberapa tahun sebelumnya dan dalam kes anda berkemungkinan aktiviti badminton itu sendiri, yang bermula dari usia muda, kini menampakkan kesannya pada lutut.

Keradangan dari OsteoArthiritis boleh reda dengan menggunakan ubatan tertentu seperti ‘painkiller’ ubat sapu dan juga rehat daripada aktiviti yang terlalu lasak dan juga penggunaan ais untuk mengurangkan kesan bengkak dan sakit.

Akan tetapi kesan ini adalah sementara sahaja dan kesakitan itu boleh datang kembali setelah pesakit memulakan semula aktiviti yang dilakukan sebelum itu.

Ini adalah kerana permukaan rawan tetap dalam keadaan yang rosak dan tidak pulih seperti sedia kala.

Penyakit OsteoArthirits ini adalah penyakit yang melibatkan kualiti hidup seseorang. Sekiranya keadaan agak teruk di mana kualiti hidup terjejas, contohnya tidak boleh berjalan, memerlukan tongkat, memakan ubat penahan sakit secara harian pada dos yang tinggi, sakit walaupun dalam keadaan rehat, pergerakan terbatas disebabkan kesakitan; pembedahan adalah perlu untuk meningkatkan kembali kualiti hidup pesakit.

Mengikut statistik kadar komplikasi disebabkan pembedahan lutut adalah sangat minimal dan anda sepatutnya mendapat keterangan yang lebih lanjut lagi dengan pakar Ortopedik yang lebih lazim melakukan pembedahan lutut ini.

Berbincanglah dengan pakar Ortopedik anda berkenaan dengan pilihan rawatan yang tertentu yang bersesuaian dengan anda dan dimulai dengan pemeriksaan doktor dan imbasan sinar-X.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:25
Maghrib 7:21
Isyak 8:31


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.