Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 15/08/2008
5,000 pelajar UiTM Permatang Pauh berhimpun

5,000 pelajar UiTM Permatang Pauh berhimpun

15/08/2008 11:56am

BUKIT MERTAJAM 15 Ogos – Kira-kira 5,000 penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Permatang Pauh pula mengadakan perhimpunan aman memprotes cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar universiti itu dibuka kepada pelajar bukan bumiputera.

Kumpulan penuntut itu yang turut memakai pakaian serba hitam diketuai Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti itu Mohd. Faizal Zainol di Padang UiTM Permatang Pauh sejak pukul 9 pagi selama sejam sambil menyanyikan lagu rasmi universiti serta lagu patriotik seperti ’Anak Kecil Bermain Api’.

Para penuntut itu turut membawa pelbagai sepanduk bertulis ’Hidup Melayu’, ’UiTM Milik Melayu’ dan ’Jangan Jual Bangsa Melayu’ sambil melaung-laungkan kemarahan terhadap Abdul Khalid.

Perhimpunan itu berakhir selepas Mohd Faizal menyerahkan memorandum yang ditandatangani mereka kepada Timbalan Pengarah Bahagian Akademik UiTM itu Dr. Mohd. Abdullah Hemdi. - Utusan

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN