Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 14/08/2008
Kem Modal Insan Merdeka 2008 pada 20-22 Ogos

Kem Modal Insan Merdeka 2008 pada 20-22 Ogos

14/08/2008 11:56am

SEREMBAN 14 Ogos - Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Melaka akan menganjurkan program Kem Modal Insan Merdeka 2008 di Kem Latihan PDS, Kompleks UNITI, Pasir Panjang, Port Dickson pada 20 hingga 22 Ogos depan.

Menurut Pengarahnya, Ibrahim Bujang, program tersebut bertujuan membina kekuatan diri peserta bagi dijadikan sebagai tenaga penggerak serta agen perubahan kepada rakan-rakan yang lain.

Di samping itu jelas beliau, peserta juga berpeluang meningkatkan kemahiran yang boleh membantu mereka kekal bebas dari ketagihan dadah sepanjang hayat.

``Program ini akan disertai oleh seramai 40 orang pembimbing rakan sebaya (PRS) dari kawasan sekitar Melaka Tengah, Alor Gajah, Jasin serta pengguna rawatan terapi gantian dengan metadon dari seluruh negeri Melaka," ujarnya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini. - Utusan

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN