Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 13/08/2008
Siow Yi Ting pulang ke tanah air dengan rekod kebangsaan.

Siow Yi Ting pulang ke tanah air dengan rekod kebangsaan.

13/08/2008 9:05pm

BEIJING - Siow Yi Ting akan pulang ke tanah air selepas menyertai Sukan Olimpik dengan mencatatkan rekod baru kebngsaan dalam acara 200 meter kuak lentang.

Dia memenangi acara saringan hari ini dengan mencatatkan masa 2 minit 29.21 saat, menjadi perenang kedua yang berjaya memecah rekod kebangsaan dalam acara renang selepas Daniel Bego berjaya melakukannya sebelum ini untuk 200 meter gaya bebas lelaki.

Masa yang dicatatkan merupakan yang ke-19 terpantas dari 40 perenang yang menyertai acara tersebut. Perenang terakhir yang mara ke separuh akhir ialah Jeong Darae dari Korea Selatan 2:27.28s.

Yi Ting mencatatkan masa terbaik musim ini 2:17.11s dalam acara 200 meter rampaian dua hari lalu. Dia merupakan pemegang rekod kebangsaan 2:16.92s. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN