Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 13/08/2008
Phelps menang emas kelima

Phelps menang emas kelima

13/08/2008 1:04pm

BEIJING 13 Ogos - Rangkaian renang 4x200 meter gaya bebas Amerika Syarikat - Michael Phelps, Ryan Lochte, Ricky Berens dan Peter Vanderkaay meraih pingat emas Sukan Olimpik Beijing dengan masa yang tipis menewaskan pemenang perak, Rusia.

Mereka mencatatkan 6:58.56 saat sambil mencatatkan rekod dunia, mengatasi 4.68s daripada catatan lama juga milik Amerika sementara Australia memenangi gangsa.

Phelps yang memenangi emas 200m gaya bebas kelmarin, sudah mengumpul emas kelima di Beijing.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN