VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Ogos 2014 / 28 Syawal 1435  
  Carian Arkib
JOHOR

ARKIB : 12/08/2008

Latih tenaga pekerja mahir

JOHOR BAHRU 11 Ogos - Jika ada lepasan Pusat Giat Mara, Institut Kemahiran Mara dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang berminat mendalami ilmu dalam pembuatan kapal, Grand Banks Yachts Sdn. Bhd., adalah pilihan tepat.

Selain mengeluarkan bot-bot mewah untuk dieksport ke luar negara, syarikat ternama itu juga menawarkan lima kursus utama dalam bidang perkapalan.

Antara kursus yang ditawarkan selama enam bulan itu adalah Sijil Pembuatan Bot Gentian Kaca, Sijil Perabot dan Sijil Pendawaian Bot.

Bagi Mohd. Razman Samian, 22, yang pernah menuntut di ILP, Kota Bharu, Kelantan, dia ingin meningkatkan pengetahuan dengan mengikuti pengajian selama enam bulan di Grand Banks Yachts dalam pembuatan perabot.

"Selain belajar membuat perabot yang dipasang pada bot mewah, saya berpeluang belajar cara-cara pembuatan kapal kerana kedua-dua bidang itu perlu dilakukan serentak," kata anak ketujuh daripada sembilan beradik itu.

Sementara itu, Yusuf Sudin, 19, yang berasal dari Kuala Terengganu berkata, dia mengikuti latihan di situ kerana ingin meningkatkan pengetahuan dalam bidang gentian kaca.

Menurutnya, sebelum ini dia telah belajar mengenai gentian kaca di Pusat Giat Mara di Terengganu.

"Di sini saya dapat menambah pengetahuan ke tahap kedua dalam bidang gentian kaca. Saya lihat bidang ini ada masa depan dan sebab itulah saya bercadang untuk menyambung pengajian selepas kursus ini tamat," kata anak sulung daripada enam beradik itu.

Mohd. Zailan Azwanie, 19, dari Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan pula mempunyai matlamat tersendiri apabila mengikuti kursus kemahiran di pusat berkenaan.

Dia yang pernah mengikuti latihan di Ranaco Marine Sdn. Bhd. sebelum ini berkata, peluang yang ada di Grand Banks Yachts akan diguna dengan sebaiknya.

"Salah satu pengeluar bot mewah di negara ini adalah di sini. Jadi, saya mahu menimba pengalaman sebanyak mungkin," katanya.

Sementara itu, Mohd. Sukri Khalid, 23, dari Sik, Kedah yang pernah mengikuti kursus di Pusat Giat Mara, Kangar, Perlis berharap, selain mengikuti pengajian dia juga berpeluang menimba pengalaman bekerja.

"Dengan ilmu yang bakal saya miliki di sini, mungkin saya berpeluang bekerja di luar negara," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:18
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.