Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
DALAM NEGERI

ARKIB : 08/08/2008
JKKKP dilarang guna kemudahan awam

JKKKP dilarang guna kemudahan awam

IPOH 7 Ogos - Kerajaan negeri melarang Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) daripada menggunakan kemudahan awam di kampung-kampung berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, ini kerana kerajaan negeri tidak mengiktiraf pelantikan JKKKP yang dilihat memecah belahkan perpaduan masyarakat kampung.

''Demi memelihara kestabilan serta kesejahteraan rakyat, kerajaan negeri melarang sama sekali JKKKP ini daripada menggunakan kemudahan awam di kampung-kampung.

''Bagaimanapun kita tidak menghalang mana-mana pihak lain termasuk parti-parti politik menggunakan kemudahan yang ada," katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam ucaptama pada Majlis Penyerahan Watikah Ketua Kampung di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Pada majlis itu, sebanyak 815 daripada 817 ketua kampung seluruh negeri ini yang baru dilantik hadir bagi menerima watikah pelantikan. Pelantikan itu untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Ogos lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohammad Nizar berkata, kerajaan negeri sedang mengkaji kemungkinan menaikkan elaun ketua-ketua kampung daripada RM200 kepada RM400.

Katanya, kerajaan negeri juga sedang menimbang untuk mewujudkan elaun bagi setiausaha JKKK sebanyak RM200 untuk dilaksanakan pada tahun depan.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN