ARKIB : 02/08/2008
Indeks jenayah pelajar sekolah meningkat
MELAKA 1 Ogos - Indeks jenayah melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah di negeri ini meningkat kepada 30 kes sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini berbanding 18 kes tempoh sama tahun lalu.
Statistik Kontinjen Polis Melaka itu turut menunjukkan peningkatan sebanyak 12 kes atau 67 peratus dengan peratusan besar kes adalah kategori jenayah kekerasan iaitu kes rogol, samun berkawan tanpa senjata api dan mendatangkan cedera.
Ketua Polis negeri, SAC I Mazlan Mansor berkata, statistik tersebut juga menunjukkan pelajar turut terlibat dengan dengan kes kecurian motosikal dan ragut.
"Bagi kes dadah pula, jumlah pelajar terlibat menurun satu kes menjadi lima kes berbanding enam kes pada Januari hingga Julai tahun lalu," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis pelancaran Kempen Anti Buli Sekolah Menengah Peringkat negeri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, Bukit Beruang di sini, semalam. Hadir sama Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Isa Abu.
Menurut Mazlan, penganjuran kempen tersebut merupakan satu mekanisme untuk membantu pelajar membentuk nilai murni dalam diri yang mampu mengekang kes-kes buli di sekolah.
"Ia merupakan wadah untuk menyemai nilai-nilai murni di kalangan pelajar sebagai generasi yang mencorakkan masa depan negara terutamanya dalam era dunia tanpa sempadan hari ini.
"Ketandusan budaya, moral dan nilai sebuah masyarakat akan menghakis pembentukan sebuah negara yang menjadi hasrat kerajaan selama ini," katanya.
Sehubungan itu jelasnya, masalah sosial dan pelanggaran disiplin seperti buli perlu ditangani segera sebelum ia menjadi satu wabak yang sukar diubati.
"Setiap lapisan masyarakat perlu memikul tanggungjawab dan amanah besar ini dengan memberi perhatian khusus kepada isu disiplin di sekolah.
"Jawatankuasa disiplin yang telah ditubuhkan Kementerian Pelajaran merupakan antara saluran terbaik untuk menangani masalah ini," katanya.
Tegasnya lagi, pihak polis amat memandang serius kes-kes buli yang berlaku di sekolah dan tidak akan berkompromi untuk mengenakan tindakan tegas kepada mereka yang terlibat.
"Walaupun pembuli masih dikategorikan sebagai kes juvana sebagaimana yang termaktub dalam Akta Kanak-kanak 2001, keadilan dan hak mangsa buli perlu ditegakkan mengikut lunas undang-undang yang ada.
"Mangsa buli pula dinasihatkan agar segera melaporkan insiden yang berlaku kepada pihak sekolah, ibu-bapa dan polis supaya tindakan menghentikan perbuatan tidak bermoral ini dapat dilakukan segera," katanya.
Tugas guru adalah jihad ilmu
Naik taraf bekalan elektrik
Mohd. Razi guna pengalaman sebagai guru curah bakti kepada rakyat
Abu Bakar janji majukan negara dalam bidang sains, teknologi
Hasan Rahman dapat jolokan ADUN Jagung 1Malaysia
Ayuh 'serbu' Festival Hari Guru di Paroi
Pelbagai info diperoleh dalam pameran, festival
Ubah budaya kerja terus majukan Melaka
ADUN Klawang tumpukan kemudahan asas penduduk
Melaka Maju Fasa Kedua
Negeri Sembilan bakal dikenali 'negeri ilmuwan'
Timbalan Exco nikmati pelbagai kemudahan
Perkukuh sokongan terhadap BN melalui penyatuan NGO, parti politik
Latipah ikrar perkasa wanita di peringkat negeri
53 pekerja Samsung tanam pokok sempena Kempen Hijau
Bomba selamat aset RM111.1j
Sokong UMNO pertahan hak bangsa Melayu
Kesedaran keselamatan pejalan kaki perlu ditingkatkan
KAYM tawar Dermasiswa Pendidikan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









