Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
RENCANA

ARKIB : 02/08/2008
Bersepadu tangani penyalahgunaan dadah

Bersepadu tangani penyalahgunaan dadah

ARTIKEL "Dadah masih jadi ancaman kritikal" di Utusan Malaysia bertarikh 31 Julai 2008 perlu dipandang serius. Walaupun dunia baru sahaja menyambut Hari Dadah Antidadah Antarabangsa pada 26 Jun lalu dengan pelbagai kempen, ceramah dan perarakan, rantau Asia Tenggara telah menerima amaran baru bahawa berkemungkinan lebih ramai yang akan terjebak dengan perangkap sebagai pengantara bahan itu.

Lantaran itu, diseru agar sudah sampai masanya agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan yang mempunyai pelan tindakan tersendiri bagi menangani isu berkaitan dadah perlu bangun bersama dengan usaha bersepadu bagi memastikan keberkesanan mencapai matlamat negara sifar dadah.

Semoga hasrat negara yang telah mensasarkan negara bebas dadah pada tahun 2015 akan berjaya dan ia mesti diusahakan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Agensi Antidadah Kebangsaan (AA- DK) selaku agensi utama dalam usaha membanteras dan memerangi musuh negara nombor satu ini memerlukan kerjasama dan komitmen daripada pelbagai pihak bagi menjayakan misi negara bebas dadah.

Penyalahgunaan dadah merupakan masalah sejagat. Laporan menunjukkan aktiviti penghasilan pelbagai jenis bahan dadah sentiasa meningkat kerana disokong oleh permintaan yang tinggi.

Perubahan senario politik antarabangsa dengan berakhirnya perang dingin antara kuasa-kuasa besar dunia telah membawa kesan negatif dalam usaha membanteras dadah.

Ini kerana dunia kini dianggap dunia tanpa sempadan di mana kebarangkalian orang bebas keluar masuk ke sesebuah negara tanpa banyak sekatan adalah lebih tinggi.

Ia disokong pula oleh sistem komunikasi dan pengangkutan masa kini yang semakin canggih.

Penyalahgunaan dadah melibatkan se- mua golongan tanpa mengira sama ada berpendidikan tinggi, profesional, penganggur dan tidak berpendidikan.

Penyalahgunaan dadah turut menyumbang kepada gejala dan penyakit sosial seperti pelacuran, budaya melepak dan perjudian. Perbuatan ini boleh mengugat kesejahteraan dan keselamatan negara.

Seperti yang diperkatakan, usaha bersepadu amat perlu dalam menangani masalah penyalahgunaan dadah.

Penyelidik, ahli akademik, badan sukarela, pegawai-pegawai yang terlibat secara langsung dalam penyalahgunaan dadah, ahli agama, pemimpin organisasi kerja dan masyarakat perlu sentiasa berganding bahu dalam menangani masalah penyalahgunaan dadah.

Antara faktor yang perlu difikirkan dalam membincangkan masalah penyalahgunaan dadah ialah keberkesanan program pencegahan, rawatan dan pemulihan dalam usaha memerangi dadah di Malaysia.

Di samping itu, bengkel pencegahan dadah bagi mencapai objektif sekolah bebas dadah dan keluarga bebas dadah juga perlu difikirkan oleh semua pihak.

Pencegahan awal dan konsep peningkatan faktor perlindungan di kalangan kanak-kanak dan remaja dari penyalahgunaan dadah adalah satu elemen yang tidak boleh diketepikan dalam usaha mengurangkan statistik penyalahgunaan dadah.

PencegahanPlatform pertukaran idea dan pemikiran yang bernas daripada semua pihak yang terlibat, sama ada secara langsung atau tidak langsung untuk mendalami isu-isu berkaitan pencegahan dalam penyalahgunaan dadah mesti digiatkan.

Ini termasuk dari aspek pemahaman dan pengalaman oleh masyarakat adalah antara mekanisme yang boleh membantu dalam usaha menangani masalah penyalahgunaan dadah.

Pertemuan demi pertemuan antara pelbagai pihak mampu menjana satu jalinan usaha sama ilmiah yang akan menyumbangkan kepada usaha negara memerangi masalah sosial.

Pertemuan seumpama ini juga pasti akan mencetus penemuan baru dalam usaha pencegahan, rawatan dan pemulihan dadah.

Pencegahan yang berkesan akan dapat membantu negara dalam usaha menangani musuh nombor satu negara seterusnya menjadikan negara yang moden dan berakhlak selaras dengan konsep Islam Hadhari.

Malaysia bercadang menjadi negara bebas dadah menjelang 2015.

Untuk mencapai matlamat itu, usaha bersepadu amat perlu dan sudah sewajarnya semua pihak perlu membuat penilaian sejauh mana keberkesanan usaha ke arah itu sehingga kini.

Keluarga merupakan institusi yang terpenting dalam mencorakkan tingkah laku, personaliti, dan konsep kendiri se- seorang individu.

Pada permulaan kehidupan seseorang individu, keluarga merupakan tempat pertama bagi seseorang anak mengenali erti kehidupan dan juga tunggak utama bagi menimba ilmu dan pengalaman hidup.

Dalam erti kata yang lain, keluarga memberikan kesan yang besar kepada proses perkembangan seseorang individu.

Pengaruh keluarga terhadap seseorang individu adalah besar dalam membentuk konsep kendiri dan tingkah laku diri individu dalam melakukan sesuatu perkara termasuk terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN