Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
KOTA

ARKIB : 29/07/2008
JKKKP Tanjong Karang terima watikah

JKKKP Tanjong Karang terima watikah

TANJONG KARANG 28 Julai - Seramai 31 orang pemimpin setempat dilantik sebagai Ketua Kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) kawasan Parlimen Tanjong Karang.

Mereka menerima watikah pelantikan tersebut pada daripada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Noh Omar dalam satu majlis di sini semalam.

Dalam ucapannya, Noh berkata, pemimpin yang dilantik sebagai ketua kampung dan Pengerusi JKKKP itu adalah mereka yang pernah mengetuai kampung masing-masing semasa Barisan Nasional (BN) memerintah Selangor sebelum pilihan raya umum ke-12 lalu.

Katanya, apabila Selangor dikuasai kerajaan campuran pembangkang, kerajaan negeri telah melantik ketua kampung dan pengerusi JKKK yang baru.

Beliau berharap mereka yang dilantik oleh kerajaan Persekutuan itu akan terus menjalankan peranan mereka untuk memaju dan membangunkan kampung masing-masing.

"Sekiranya terdapat sebarang masalah berkenaan kampung, ketua kampung boleh berbincang dengan Pengerusi JKKKP atau merujuk kepada Pegawai Pembangunan Persekutuan yang dilantik," katanya.

Noh menegaskan, aspek kerjasama ketua kampung dan pengerusi JKKKP bersama pemimpin setempat yang lain perlu diutamakan supaya perpaduan dapat diperkukuhkan dan kebajikan rakyat terjaga.

Justeru, katanya, ketua kampung dan pengerusi JKKKP perlu melantik Ketua UMNO cawangan kampung masing-masing menjadi ahli JKKKP bagi bersama menyelaras dan menyelesaikan masalah penduduk.

Sementara itu, mengenai pembangunan usahawan, Noh berkata, kerajaan mengutamakan kebajikan rakyat dalam menyuntik modal supaya rakyat miskin yang mahu berniaga tetapi tidak mempunyai modal dapat merealisasikan hasrat mereka.

"Pihak kementerian memberi banyak peluang kepada mereka yang berminat dan bersungguh-sungguh untuk menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan," jelasnya.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN