|
![]() |
|
Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff hadir di Mahkamah Majistret Kota Bharu bagi pembicaraan terhadap tuduhan menyebabkan kecederaan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan tiga orang lagi secara menyembur bahan berbahaya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dua tahun lepas |
KOTA BHARU 28 Julai — Mahkamah Majistret di sini memerintahkan ahli perniagaan Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff untuk membela diri terhadap tuduhan menyebabkan kecederaan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad dan tiga orang lagi secara menyembur bahan berbahaya genap dua tahun lepas.
Majistret Azman Mustapha memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadapnya.
Azman menetapkan 15 hingga 19 Dis ini untuk perbicaraan kes itu.
Nik Sapeia, 53, didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga tiga tahun, atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini pada 11 pagi 28 Julai 2006.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran dan Khairul Anuar Wahab, manakala Nik Sapeia diwakili peguam bela, Zainal Abidin Mustaffa, Mohd. Ilyas Mohd. Noor dan Datuk Abdul Aziz Nawi. - Bernama
|
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
|
IKLAN@UTUSAN
|