Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
JENAYAH

ARKIB : 27/07/2008
16 sertai ratu cantik mak nyah ditahan

16 sertai ratu cantik mak nyah ditahan

KOTA BHARU 26 Julai – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) menahan 16 pondan yang menyertai pertandingan ratu cantik ‘mak nyah’ di sebuah resort terkenal di pantai peranginan Tok Bali, Bachok dekat sini malam tadi.

Dalam serbuan kira-kira pukul 9 malam itu, seramai 300 tetamu sebahagian besarnya golongan pondan yang datang dari seluruh negara sedang asyik menyaksikan pertandingan ratu cantik, ‘Glemm Nite 2008 Miss Universe Asia’ yang disertai lebih 50 peserta termasuk seorang guru.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JHEAIK, Mohd. Abdul Aziz Mohd. Noor berkata disini hari ini, ini merupakan kejayaan terbesar agensi tersebut dalam menumpaskan kegiatan tidak bermoral seperti itu sejak tahun 1980-an.

Mohd. Abdul Aziz berkata, serbuan itu dilakukan oleh 50 orang pegawai penguat kuasa JHEAIK dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN