|
KUALA LUMPUR 25 Julai - Kumpulan EON Bank menyasar jumlah asas pinjaman sebanyak RM60 bilion menjelang 2010 daripada RM29 bilion sekarang ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Albert Lau Yiong.
Beliau berkata, sasaran berkenaan boleh dicapai berdasarkan kepada pelan transformasi kumpulan yang dikenali sebagai Project Quantum Leap.
Pelan tiga tahun itu dengan 62 inisiatif adalah bagi membolehkan bank menggandakan jumlah asas pinjamannya menjelang 2010.
Lau Yiong berkata, untuk tahun ini, bank menyasar pertumbuhan pinjaman pada kira-kira 14 peratus daripada 4.9 peratus tahun lepas.
"Kami optimistik bank akan dapat mencapai pertumbuhan pinjaman yang munasabah tahun ini walaupun ketidaktentuan tempoh inflasi yang tinggi berikutan harga bahan api yang naik," kata beliau kepada pemberita pada majlis menandatangani perjanjian antara bank dan SAS Malaysia di sini.
IKLAN@UTUSAN
|