VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 September 2014 / 7 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
KOTA

ARKIB : 25/07/2008

Kemudahan bilik sewa belia berhijrah di kota

KUALA LUMPUR 24 Julai - Prihatin dengan kesukaran golongan muda mendapatkan tempat tinggal apabila berhijrah ke ibu kota, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyediakan kemudahan menyewa bilik kepada mereka.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ab. Hakim Borhan berkata, kemudahan tersebut adalah sebagai penempatan sementara sebelum mereka mendapatkan kediaman tetap.

Menurutnya, terdapat enam buah lokasi penempatan yang disediakan iaitu di Kompleks Belia Bandaraya Cheras, Kompleks Beliawanis Ummu Salamah Cheras, Perumahan Awam Seri Kota di Bandar Tun Razak, Perumahan Awam Seri Selangor di Jalan San Peng, Perumahan Awam Seri Perak di Bandar Baru Sentul dan Perumahan Awam Seri Pangkor di Sentul.

Tambahnya, DBKL menyediakan sebanyak 404 unit katil di Kompleks Belia Bandaraya, 64 unit di Kompleks Beliawanis Ummu Salamah dan 174 unit di perumahan awam.

"Bagi kompleks yang menempatkan golongan belia lelaki, kadar sewa sebulan ialah di antara RM60 sehingga RM140 seorang dan bergantung kepada keluasan serta jumlah katil dalam bilik tersebut.

"Kadar sewa di perumahan awam pula ialah di antara RM50 sehingga RM70 manakala bagi kompleks yang menempatkan belia perempuan, kadar sewa sebulan adalah sebanyak RM120 seorang.

"Bagaimanapun, bagi kemudahan di kompleks belia, ia akan ditawarkan sekiranya terdapat kekosongan," katanya kepada pemberita ketika mempengerusikan Program Bersama Media di Bangunan DBKL di sini semalam.

Turut hadir, Ketua Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusup dan Timbalan Ketua Pengarah Pentadbiran, Normah Malik.

Ab. Hakim berkata, kemudahan lain yang disediakan ialah katil, tilam, bantal, almari pakaian, meja tulis, rak kasut, penyidai pakaian, cermin muka dan juga kemudahan seperti dewan dan surau.

Jelasnya, bagi menjaga keselamatan penghuni, kompleks tersebut dilengkapi dengan pagar serta mempunyai pengawal keselamatan.

Bagaimanapun, terdapat beberapa syarat-syarat kelayakan untuk membolehkan mereka memohon untuk menyewa bilik berkenaan.

"Syarat-syarat itu ialah mestilah warganegara Malaysia, belum berkahwin, bekerja di Wilayah Persekutuan, umur tidak melebihi 40 tahun, pendapatan tidak melebihi RM1,500 dan tempoh penyewaan hanya tiga tahun sahaja dengan keutamaan diberikan kepada mereka yang aktif dalam sukan dan persatuan.

"Bagi ibu atau bapa tunggal yang tidak mempunyai anak, mereka juga boleh dipertimbangkan untuk menyewa bilik yang disediakan itu," jelasnya.

Mereka yang berminat boleh menghubungi Jabatan Pengurusan Perumahan di talian 03-2617 6162.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:23
Maghrib 7:20
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.