VERSI : Mobile | Akhbar Digital
17 April 2014 / 17 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 25/07/2008

Anggota polis meninggal selepas mengawal tiga tertuduh kes Altantuya

25/07/2008 4:58pm

SHAH ALAM 25 Julai - Seorang anggota polis sempat menjalankan tugasnya yang terakhir, mengawal tiga tertuduh dalam kes bunuh Altantuya Shaariibuu sebelum dia dilihat jatuh pengsan di Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 9.05 pagi.

Lans Koperal Othman Abdul Rahman, 47, kemudiannya disahkan meninggal dunia pada pukul 1.15 petang di Institut Jantung Negara (IJN).

Pegawai Penjaga (OC) Mahkamah, Asisten Supritendan Polis (ASP), Siti Nurazian Sharudin ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan perkara tersebut.

Othman meninggalkan dua orang anak dan balu yang tidak bekerja. Jenazah Othman akan disembahyangkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Seksyen 11 sebelum dihantar ke kampungnya di Tanjung Karang untuk dikebumikan.

Terdahulunya, Othman dilihat menjalankan tugas mengiringi penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Lans Koperal Sirul Azhar Umar dari lokap ke bilik perbicaraan yang terletak di tingkat empat kompleks mahkamah menaiki tangga.

Sebaik sahaja tertuduh masuk ke dalam mahkamah, Othman yang berbadan sasa dilihat tercungap-cungap dan wajahnya bertukar kebiruan manakala hanya mata putihnya yang kelihatan sebelum jatuh pengsan di luar pintu yang terletak di tepi mahkamah.

Dalam suasana panik, rakan setugasnya, Konstabel Abu Bakar Hussin dan Jagjit Singh segera memberikan bantuan pernafasan (CPR).

Pihak-pihak lain termasuk peguam dan Timbalan Pendakwa Raya turut meminta supaya baju uniform Othman dibuka sedikit. Anak tertuduh Abdul Razak, Roweena turut memberikan panduan teknik CPR.

Apabila Othman kembali bernafas, enam anggota polis dan seorang orang awam kelihatan mengusung Othman yang terbaring atas kerusi panjang untuk dibawa turun melalui lif.

Oleh kerana kerusi tersebut terlalu panjang hingga pintu lif tidak dapat ditutup, mereka kelihatan mengusung Othman melalui tangga untuk dihantar ke hospital. - Utusan

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:16
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.