ARKIB : 19/07/2008
Tambah peruntukan sekolah urus bil utiliti
KOTA BHARU 19 Julai - Kementerian Pelajaran akan menambah peruntukan kepada sekolah-sekolah di seluruh negara bagi menguruskan bil utiliti yang dijangka meningkat berikutan tarif baru elektrik yang berkuat kuasa bulan ini.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya sentiasa memantau keadaan tersebut untuk mengenal pasti sama ada peruntukan tersebut mencukupi atau tidak.
"Saya faham memang akan ada sekolah yang terpaksa menanggung kenaikan bil utiliti terutama elektrik dan peruntukan akan diberi kepada Jabatan Pelajaran Negeri untuk mengatasi masalah ini.
"Pada dasarnya kita akan membantu mengurus dan mengendalikan bil elektrik yang digunakan untuk tujuan pengajaran serta pembelajaran, kita akan tengok dari semasa ke semasa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam Persatuan Pengelola Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di sini malam tadi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kesan yang akan dihadapi oleh sekolah-sekolah berikutan pengumuman kerajaan tentang struktur tarif baru elektrik berkuat kuasa bulan ini.
Ka Siong berkata, penambahan geran tersebut itu juga bagi memudahkan pentadbiran sekolah untuk menguruskan kos operasi yang dijangka meningkat pada setiap masa.
"Peruntukan tambahan ini bukan saja untuk tarif elektrik kerana kita juga melihat kemungkinan kos operasi sekolah-sekolah akan turut meningkat termasuk bil air.
"Kita akan kaji di mana kelemahan yang ada pada sekolah dalam mengendalikan operasi harian mereka dan sekiranya ada kelemahan kita baiki lagi untuk tujuan penjimatan dan menambahkan tahap kecekapan operasi," katanya.- Utusan
Isu YDP MAINPP: UMNO Pulau Pinang kesal
Bekas Speaker DUN Perlis meninggal dunia
ASEAN digesa tingkat usaha hapus keganasan
Naza lancar ruang pameran Ducati terbesar di Asia
Tambang haji kekal RM9,980, quota 28,000
Pemuda UMNO bantu lunas cukai rumah P. Ramlee
Najib umum 42 peluang perniagaan inovatif
Kes Anwar saman Chandra dibicarakan 10 Sept.
Penyenaraian Felda Global Ventures diluluskan
Polis tumpaskan sindiket penipuan Macau Scam
Rakyat Malaysia seludup ubat batuk dihukum penjara
PTPTN: Jangan jadi kuda tunggangan pembangkang
Liga Juara-juara: Chelsea tundukkan Barcelona 1-0
Suu Kyi rancang kunjung Britain, Norway pada Jun
Buru gajah di Afrika: Raja Sepanyol mohon maaf
Kes amukan di Oslo: Suspek tak takut dihukum
Misi NATO di Afghanistan kekal hingga 2014
Penularan H5N1: China musnah 95,000 ekor ayam
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









