Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
KOTA

ARKIB : 18/07/2008
JKKKP lantik 11 ketua kampung di Ampang

JKKKP lantik 11 ketua kampung di Ampang

AMPANG Seramai 11 orang pemimpin setempat dilantik sebagai Ketua Kampung di bawah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) bagi kawasan Ampang.Pemangku Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo berkata, pelantikan JKKKP itu adalah termasuk tambahan untuk tiga tempat baru meliputi Sri Raya Kampung Tasek Ampang, Lembah Jaya Utara dan Kampung Bukit Sungai Seputeh.

Katanya, kebanyakan individu yang dilantik sebagai Ketua Kampung JKKKP itu adalah mereka yang pernah mengetuai kampung masing-masing ketika era Barisan Nasional (BN) memerintah Selangor sebelum Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

Bagaimanapun, katanya, apabila Selangor jatuh ke tangan pakatan pembangkang, kerajaan negeri telah melantik Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang baru.

"Kita harap JKKKP yang dilantik menerusi Kerajaan Persekutuan ini dapat terus berbakti memajukan penduduk setempat secara harmoni tanpa mengira fahaman politik,'' katanya.

Ismail menyatakan demikian kepada Utusan Malaysia selepas Majlis Penyerahan Watikah Ketua Kampung JKKKP Daerah Hulu Langat di Hotel De Palma di sini semalam.

Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Pandan, Datuk Mad Aris Mad Yusuf, Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Ahmad Kuris Mohd. Nor dan Yang Dipertua Persatuan Ketua Kampung Daerah Hulu Langat, Ali Kassim.

Ismail berkata, pihaknya turut merakamkan penghargaan kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib kerana mengambil inisiatif terhadap pelantikan JKKKP itu.

"Cadangan juga akan dibuat kepada pihak berkenaan agar semua Ketua Kampung JKKKP itu diberi kursus supaya dapat berperanan dengan berkesan terutama memberi penerangan kepada penduduk setempat mengenai usaha-usaha kerajaan Persekutuan untuk pembangunan rakyat,'' ujarnya.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN