VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
KESIHATAN

ARKIB : 17/07/2008

Rawatan selepas bersalin


KAKI direndam di dalam air campuran garam bio spa bagi melembutkan urat.


WANITA yang baru lepas bersalin tentu pernah mendapat urutan bagi menaikkan rahim atau di kalangan orang Melayu sebut sebagai sengkak rahim. Urutan ini dilakukan bagi menaikkan semula rahim yang kendur atau terjatuh semasa proses melahirkan anak.

Namun, pasti tidak ramai yang mengetahui bahawa rahim jatuh turut dialami wanita biasa baik yang sudah berkahwin mahupun masih dara.

Menurut Pengasas B-Dex Beauty Centre Sdn. Bhd., Siti Murni Yusof, rawatan membetulkan semula kedudukan rahim disyorkan kepada wanita yang mengalami masalah lemah otot-otot rahim, mudah keguguran, senggugut, aktif bersukan, kerjaya lasak, kerjaya yang memerlukan seseorang itu berdiri lama, kemalangan, perdarahan haid yang terlalu lama dan sebagainya.

Beliau berkata, wanita yang mengalami rahim jatuh akan berasa tidak selesa, sakit, ngilu atau sengal di bahagian peranakan serta tidak lawas kencing.

Rahim jatuh yang kritikal akan menyebabkan seseorang itu berasa terlalu sakit di bahagian perut sehingga tidak boleh berjalan.

‘‘Rawatan tradisional seperti sengkak rahim membantu mengecutkan otot-otot rahim dan menolak rahim masuk semula. Ini dibantu dengan pemakanan yang betul seperti mengelakkan pengambilan makanan sejuk yang boleh menyebabkan urat kembang atau masuk angin,’’ jelas Siti Murni.

Kaedah rawatan:

- Mula-mula kaki direndam di dalam air campuran garam bio spa bagi melembutkan urat, melancarkan peredaran darah dan membuang toksin. Kemudian pelanggan akan mengalami sauna herba yang dicampur aura merian dan garam bio spa bagi membuka liang roma.

- Urutan dimulakan daripada tapak kaki menggunakan losen bio spa dan minyak urut. Urut terapi infra merah sonik dilakukan selama 15 minit bagi melancar perjalanan darah.

- Magic rub ditekan-tekan mengikut urat besar di betis dan pangkal paha. Ini bagi melembutkan otot-otot dan urat besar yang menyokong peranakan.

- Urut perut menggunakan losen bio spa bagi membuang angin dan memecahkan lemak serta selulit.

- Naikkan lutut, gunakan magic rub bagi memecahkan lemak, selulit dan darah beku di saluran peranakan.

Terima kasih B-DEX BEAUTY CENTRE SDN BHD, 34-2, JALAN 14/48A, SENTUL RAYA BOULEVARD, KL (017-9583559)

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.