VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Julai 2014 / 25 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
SUKAN LUAR NEGARA

ARKIB : 16/07/2008

Juara dunia bawa cabaran AS ke Beijing

NEW YORK - Atlet berpengalaman yang terdiri daripada tujuh juara dunia dan diletakkan sebagai pilihan untuk merangkul pingat akan mewakili pasukan trek dan padang Amerika Syarikat (AS) pada Sukan Olimpik Beijing bulan depan.

Sebanyak 126 atlet AS termasuk pemenang pingat emas Athens 2004 Jeremy Wariner (400m) dan Shawn Crawford (200m), juara dunia berganda Tyson Gay serta Bernard Lagat serta Wariner, Allyson Felix (wanita 200m), Brad Walker (lompat bergalah) Reese Hoffa (lontar peluru) dan Kerron Clement (400m lari berpagar).

Secara kolektifnya, pasukan olahraga AS terdiri daripada 15 pemenang pingat Olimpik, 31 pemenang pingat di Kejohanan Dunia dan 10 pemegang rekod AS.

Presiden Persekutuan Trek dan Padang AS (USATF) Bill Roe menyifatkan skuad olahraga AS itu sebagai yang terbaik pernah dihantar.

"Pasukan ini adalah yang terkuat, dengan lebih ramai atlet berpengalaman dan pernah memenangi pingat dalam acara pecut, jarak jauh, dan acara padang.

"Kami yakin pasukan ini akan membawa kami di tangga teratas dalam kedudukan pingat,'' katanya.

AS menang 25 pingat acara olahraga di sukan Olimpik Athens 2004, lapan daripadanya pingat emas.

Negara itu juga memenangi pingat terbanyak iaitu 26 pingat di Kejohanan Dunia 2007, termasuk 14 emas.

- Agensi

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.