VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 Julai 2014 / 27 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
UTARA

ARKIB : 15/07/2008

JKR cadang cerucuk elak tanah runtuh merebak

IPOH 14 Julai - Kerja-kerja memasang besi cerucuk di sepanjang runtuhan cerun di Kolej Matrikulasi Perak di Gopeng perlu dilaksanakan segera bagi memastikan runtuhan berkenaan tidak terus merebak.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak, Datuk Ir. Wong Wai Ching berkata, kerja-kerja berkenaan hanya boleh dijalankan selepas pihaknya mendapat arahan daripada Kementerian Pengajian Tinggi.

Buat masa ini, ujarnya, JKR negeri masih belum mendapat apa-apa arahan daripada kementerian bagi mengatasi cerun runtuh itu kerana kawasan kolej matrikulasi itu terletak di bawah kementerian tersebut.

''Kami memang sentiasa bersedia menjalankan kerja-kerja memasang besi cerucuk penahan di sepanjang runtuhan cerun itu, sekiranya diarahkan berbuat demikian pada bila-bila masa," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Kejadian tanah runtuh di kolej tersebut sejak Jumaat, telah memaksa pihak pengurusan memindahkan 400 pelajar wanita sebagai langkah awal menjaga keselamatan mereka.

Sebelum ini, sebanyak 140 pelajar telah dipindahkan Jumaat lalu dari sebuah lagi bangunan asrama yang menempatkan 540 pelajar.

AkibatRuntuhan tanah di kawasan tebing setinggi 20 meter itu dipercayai akibat hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Selain itu, runtuhan tersebut telah menyebabkan longkang, pagar serta benteng yang mengekang tanah di sebuah cerun turut mengalami kerosakan rosak teruk

Mengulas lanjut Wai Ching berkata, JKR mempunyai kepakaran termasuk kakitangan dan kelengkapan yang cukup bagi membolehkannya memulakan kerja pada bila-bila masa.

Jelas beliau, berdasarkan pengiraan dan pemantauan, kerja memasang besi cerucuk penahan bagi mengelak cerun terus runtuh akan mengambil masa seminggu.

''Kerja-kerja memasang tembok penghalang selepas itu pula akan mengambil masa selama dua bulan termasuk membaik pulih sistem perparitan dan menanam rumput.

''Pelajar boleh pulang ke asrama selepas siap kerja memasang besi cerucuk penahan kerana pada masa itu bangunan ini telah selamat untuk diduduki," katanya.

Menurut beliau, pada masa ini JKR hanya menasihatkan kementerian mengenai cara pembaikan dan pemuliharaan tanah bagi mengelak runtuhan yang boleh menyebabkan keseluruhan struktur bangunan rosak.

Katanya, walaupun runtuhan itu masih di peringkat awal dan masih boleh diselamatkan tetapi kerja-kerja memasang besi cerucuk penahan mesti dijalankan secepat mungkin.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.