VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 September 2014 / 24 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 13/07/2008

Angelina Jolie bersalin sepasang bayi kembar

13/07/2008 5:48pm

NICE, Peranchis 13 Julai _ Pasangan bintang Hollywood terkenal, Angelina Jolie, 33, dan Brad Pitt, 44, selamat menerima sepasang bayi kembar lelaki dan perempuan yang diberi nama Knox Leon dan Vivienne Marcheline.

Kembar tersebut dilahirkan di Klinik Bersalin Santa Maria di French Riviera, malam tadi.

Pakar Sakit Puan, Micheal Sussmann memberitahu media, Jolie menjalani pembedahan caesarean bagi melahirkan bayi kembar itu, yang masing-masing dengan berat 2.27 kilogram dan 2.28 kilogram.

“Si ibu dan bayi-bayi tersebut kini berada dalam keadaan baik. Jolie begitu bersemangat ketika hendak menjalani pembedahan dan Pitt sendiri berada di sisinya ketika bayi mereka dilahirkan,” kata Sussman.

Pasangan itu kini memiliki enam orang anak termasuk tiga anak angkat iaitu Maddox, 6, Pax, 4, Zahara, 3, dan anak kandung mereka sendiri, Shiloh, dua tahun.

Sumber dari klinik tersebut sebelum ini berkata, Angelina dijangka akan bersalin pada pertengahan bulan depan.

Gambar pertama bayi kembar tersebut dijangka dijual pada harga AS$11 juta dan pasangan ini akan menyalurkan wang tersebut untuk tujuan kebajikan dan kemanusiaan.

Pitt sebelum ini dilihat memasuki Klinik Santa Maria iaitu yang menjadi sebahagian Hospital Lenval pada 2 Julai lalu bersama-sama dua anaknya. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:13
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.