VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 Ogos 2014 / 26 Syawal 1435  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 12/07/2008

Harga getah dijangka naik minggu depan

12/07/2008 3:42pm

KUALA LUMPUR 12 Julai — Harga yang lebih rendah dalam pasaran getah Malaysia dijangka menarik minat belian daripada pelabur seberang laut dan seterusnya merangsang kenaikan harga minggu depan, kata peniaga.

“Pembeli seharusnya memasuki pasaran semula dan ini akan menyokong pasaran tempatan, yang mencatatkan kejatuhan bagi empat hari dalam minggu baru berakhir,” kata seorang peniaga.

Beliau berkata pasaran tempatan mungkin menerima pesanan dari Jepun dan Taiwan, dan ini dijangka merangsang peningkatannya ke paras lebih teguh.

Seorang peniaga lain berkata pasaran getah tempatan akan terus mengambil isyarat daripada pergerakan kontrak hadapan getah di Bursa Komoditi Tokyo, yang kini positif. Berdasarkan mingguan, harga tunai rasmi tengah hari Lembaga Getah Malaysia (MRB) bagi gred tayar SMR 20 turun 17 sen kepada 1,033.5 sen sekilogram daripada 1,050.5 sen Jumaat lepas manakala harga susu getah pukal susut 16 sen kepada 702.5 sen sekilogram daripada 718.5 sen sebelumnya.

Harga penutupan tidak rasmi bagi gred tayar SMR 20 jatuh 15.5 sen kepada 1,036 sen sekilogram daripada 1,051.5 sen. Susu getah pukal juga turun, sebanyak 17 sen kepada 700.5 sen sekilogram daripada 717.5 sen minggu lepas.

— BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.