VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Julai 2014 / 3 Syawal 1435  
  Carian Arkib
SABAH & SARAWAK

ARKIB : 12/07/2008

Kumpulan muzik Kan'id tampilkan budaya etnik Kelabit


Kumpulan Kan'id dari kaum Kelabit yang dianggotai 12 orang bakal memberi persembahan pada RWMF di Santubong, malam ini.


SANTUBONG 11 Julai - Kumpulan Kan'id yang dianggotai sekumpulan remaja daripada kaum Kelabit iaitu salah satu etnik di Sarawak bakal menjadi perhatian para penonton pada persembahan Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) yang berlangsung mulai malam ini.

Malah, kumpulan tersebut yang dianggotai 12 remaja yang mempunyai pertalian saudara antara satu dengan lain telah merakamkan album sendiri yang dilancarkan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Abdul Rahman Sulaiman Abdul Taib di Pusat Media di Santubong Resort Kuching hari ini.

Antara lagu yang diketengahkan dalam album yang kaya dengan muzik warisan itu adalah Lega La' Teguang, Re'a Re'a, Ti Ti, Pemung Ja'e, Ba'o Buda', Tutu' U dan Nah Pera, Ku ayu' Anud Apba', Pulong Tauh, Liling serta The World You Left Us.

Menariknya mengenai kumpulan ini juga adalah terdapat anggota Kan'id yang berdarah kacukan dan tinggal di Australia dan United Kingdom tetapi masih mengekalkan warisan etnik tersebut.

Kan'id juga pernah melakukan persembahan di RWMF pada tahun 2003 dan kumpulan tersebut mendapat sambutan memberangsangkan daripada ribuan penonton yang datang.

Sebelum ini, Kan'id yang dikenali dengan nama kumpulan Anak Adi' Rurum yang bermaksud Generasi Muda Persatuan Kelabit Rurum ditubuhkan di atas keprihatinan untuk terus mengekalkan budaya serta warisan etnik berkenaan.

Para anggota kumpulan Kan'id masing-masing mempunyai kemahiran tertentu dalam memainkan muzik tradisi kaum Kelabit termasuk menggunakan alat muzik bertali sape di samping mampu menyanyikan lagu tradisional, tarian etnik serta budaya rakyat kaum tersebut.

Lebih menariknya, kumpulan ini turut menampilkan salah seorang anggota wanita yang mempunyai kemahiran bermain sape iaitu salah satu alat muzik yang dianggap sebagai satu larangan untuk wanita memainkannya pada masa lalu.

Salah seorang anggota wanita yang memainkan sape adalah Emma Ruran Raja, 16, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Patinggi Abang Abdul Gapur di Kuching, yang membabitkan diri dalam nyanyian warisan Kelabit pada lapan tahun lalu.

Menurutnya, dia juga mempunyai kemahiran memainkan alat muzik moden seperti gitar serta piano dan berasa gembira kerana turut dapat memainkan alat muzik warisan kaum Kelabit iaitu sape.

''Saya suka dengan muzik terutamanya yang mempunyai unsur budaya dan warisan kaum Kelabit dan gembira dapat mempelajarinya," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.