Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
POLITIK

ARKIB : 11/07/2008
Undi tidak percaya gimik politik

Undi tidak percaya gimik politik

KUALA LUMPUR 10 Julai - Cubaan parti pembangkang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri di Dewan Rakyat adalah gimik politik untuk mengalih perhatian orang ramai daripada masalah dihadapi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, beliau melihat ini lebih kepada satu gimik politik yang cuba untuk menarik perhatian orang ramai, mungkin cuba mengalih pandangan orang ramai daripada masalah yang dihadapi Anwar.

"Selepas saja laporan polis dibuat terhadap beliau, Anwar telah mencari seribu satu perkara untuk mengalih pandangan dan saya rasa bahawa permohonan usul ini juga adalah salah satu usaha untuk alih pandangan dan perhatian orang ramai daripada masalah yang dihadapi beliau," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyerahkan notis usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di pejabatnya di bangunan Parlimen.

Khairy berkata, beliau sendiri tidak tahu asas permohonan yang dibuat pembangkang untuk mengemukakan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan (2) itu disebabkan tidak ada masalah atau kegawatan dari segi kepimpinan politik tanahair.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri taklimat khas Presiden dan Timbalan Presiden kepada tiga sayap parti iaitu Pemuda, Puteri dan Wanita Umno di sini hari ini.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN