Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
POLITIK

ARKIB : 11/07/2008
Satu langkah yang silap - Ku Li

Satu langkah yang silap - Ku Li

KOTA BHARU 10 Julai - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan penyerahan kuasa kepada Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak dua tahun lagi sebagai satu langkah yang silap.

Beliau berkata, mana-mana jawatan dalam UMNO ditentukan oleh ahli dan tidak wajar Perdana Menteri memutuskan sendiri peralihan kuasa yang akan berlaku dan kepada siapa hendak diserahkan.

''Ramai orang terlupa bahawa jawatan Perdana Menteri perlu mendapat restu Yang di-Pertuan Agong seperti yang tercatat dalam Perlembagaan.

''Dalam Perlembagaan dinyatakan, Perdana Menteri boleh dilantik di kalangan sesiapa Ahli Parlimen yang mendapat majoriti dalam Dewan Rakyat,'' katanya kepada pemberita di Bachok hari ini.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN