VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Julai 2014 / 25 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
SASTERA

ARKIB : 10/07/2008

Mengenali Usman Awang


Allahyarham Usman Awang


SASTERAWAN Negara Datuk Usman Awang (dianugerahkan pada 1983), nasionalisme, bahasa Melayu dan kesusasteraan merupakan elemen-elemen yang tidak dapat dipisahkan. Ia merupakan sebuah pakej yang unik dan mengkagumkan lahir ditangannya.

Ketika negara baru setahun mencapai kemerdekaan, karya-karya Usman adalah antara pengisinya. Beliau melontarkan cadangan, menegur serta mengkritik kepincangan kepimpinan, isu sosial, politik dan apa sahaja untuk memajukan bangsanya.

Elemen yang sangat ditekankan ialah pembelaan terhadap golongan miskin serta penggunaan bahasa Melayu sebagai alat integrasi, pendidikan, kehakiman dan sebagainya bagi menggantikan bahasa Inggeris yang sinonim dengan kolonialisme.

Selepas Peristiwa 13 Mei 1969, karya-karya Allahyarham menjadi medium untuk memulihkan integrasi, persefahaman antara kaum dan nilai-nilai moral yang terluka akibat daripada kejadian tersebut.

Hari ini, selepas lapan tahun meninggal dunia, khazanah intelektual dan kreatif Allahyarham sentiasa relevan untuk menjadi medium pengisian pembangunan dan dan pembinaan masa depan negara.

Cetusan kreatif

Ini kerana karya-karya Allahyarham bukan sekadar sebuah cetusan kreatif tetapi juga kerangka pemikiran yang bukan sahaja mampu membicarakan masa lalu dan sekarang tetapi juga persoalan masa depan bangsa.

Dalam bidang penulisan, Allahyarham lebih terkenal dengan lebih 200 puisi dan drama. Antara sajak yang menjadi magnum opus beliau ialah Bunga Popi, Gadis Kecil, Ke Makam Bonda, Kekasih, Kurang Ajar, Pak Utih dan Suara Dari Pusara.

Dramanya yang terkenal pula ialah, Matinya Seorang Pahlawan, Tamu Bukit Kenny, Serunai Malam, Malam Kemerdekaan, manakala naskhah drama muzikalnya ialah Uda dan Dara.

Hanya ada satu novel karya Allahyarham iaitu Tulang-tulang Berserakan yang diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa asing. Terbaru, Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) menterjemahnya ke bahasa Inggeris dengan judul The Scattered Bones.

Sejarah kepengarangannya membuktikan Allahyarham merupakan seorang penulis yang berani menyatakan sikap dalam hal-hal besar yang menimpa negara.

Baginya, seseorang hanya layak digelar penulis bila sudah berani menyatakan sikap dan pendirian. Kalau tidak, seseorang itu jangan menjadi pengarang.

Antara lain, beliau pernah berkata “Saya menentang sikap prejudis terhadap bahasa Melayu. Saya hampa kerana pemimpin negara sendiri yang tidak percaya kepada kemampuan bahasa kebangsaan”.

Sempena mengingati kelahiran Allahyarham pada 12 Julai 1929 (ke-79 tahun), Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) akan menganjurkan Seminar Sasterawan Negara Usman Awang pada 12 Julai ini.

Seminar sehari bertema Kesusasteraan, Idealisme dan Kemanusiaan itu akan berlangsung di Dewan Kuliah Zaaba, fakulti berkenaan. Ia antara lain akan menggali nilai intelektual, keupayaan kreatif, kekuatan bahasa dan kepengarangan Allahyarham.

Pembentang-pembentang kertas kerja pada seminar tersebut ialah Prof. Madya Dr. Che Ibrahim Salleh (Meneliti Bahasa Usman Awang Dalam Karya Kreatifnya), Dr. Firdaus Abdullah (Tribut Untuk Usman Awang: Sebuah Pengalaman Akrab), Haslina Usman (Usman Awang Sebagai Ayah, Ketua Keluarga dan Sasterawan) dan Dr. Arbaie Sujud (Stilistika Dalam Puisi dan Cerita Pendek Usman Awang).

Prof. Madya Arbak Othman pula akan membentangkan Persoalan Falsafah Dalam Karya Usman Awang dengan kajian Degup Jantung dan Tulang-tulang Berserakan manakala Dr. Lim Swee Tin akan memperkatakan Keindahan Bahasa Dalam Cerpen Usman Awang.

Kewiraan

Dalam pada itu, Zakaria Ariffin akan membentangkan kertas kerja bertajuk Membaca Drama Usman Awang: Mencari Makna Kebenaran, Kewiraan, dan Kemanusiaan, manakala Dr. Samsina Abdul Rahman akan memperkatakan Unsur-unsur Islam Dalam Seberkas Puisi Mutakhir Usman Awang.

Pembentang-pembentang kertas kerja lain ialah Halimah Hassan (Pengaruh Sastera Tradisional dalam Drama dan Cerpen Usman Awang), A. Rahim Abdullah (Membaca Tanda-tanda “Tulang-tulang Berserakan: Mencari Romantikus dan Nasionalisme Seorang Usman Awang) dan Hanafi Ibrahim (Persoalan Gender Dalam Puisi, Cerpen dan Novel Usman Awang).

Penyair Prof. Rahman Shaari pula akan membentangkan Perutusan Seni, Sosial-Politik dalam Tulang-tulang Berserakan dan Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah (Nilai Perjuangan dan Sahsiah Diri dalam Cerita Pendek Harga Hidup dan Rimbaku, Airmata).

Sementara itu, Prof. Dr. Siti Zainon Ismail akan memperkatakan Lima Puisi, Sebuah Cerpen dan Sebuah Drama Usman Awang, Dr. Abdul Rahim Marasidi (Falsafah Pemikiran Usman Awang dalam Puisi-puisi Pilihan), Dr. Fazilah Husin (Kemerdekaan dan Pengisiannya Dalam Drama Usman Awang) dan Dr. Kamariah Kamarudin (Menanggapi Pemikiran Usman Awang dalam Novel Tulang-tulang Berserakan).

Ida Baizura Bahar akan membentangkan kertas kerja bertajuk Kreativiti dan Kemelayuan Usman Awang Dalam Puisi Melayu, Drs. Mohd. Daud Mohamad (Kemelayuan Amir Hamzah dan Usman Awang) dan Rahimah Hamdan (Musikaliti dalam Puisi Usman Awang).

Sarjana-sarjana lain yang akan memperkatakan tentang Allahyarham ialah Dr. Chong Fah Hing (Karya Usman Awang Dari Persepsi Masyarakat Cina), Dr. Zalina Mohd. Kassim (Puisi Usman Awang) dan Dr. Jusang Bolong, (Mesej Komunikatif dalam Puisi Usman Awang.

Sempena seminar tersebut akan diadakan majlis baca puisi yang akan menghadirkan Selina S.F. Lee, Mat Taib Nordin, Dr. Samsina Abdul Rahman, Dr. Arbaie Sujud, Prof. Madya Dr. Che Ibrahim Salleh, Haslina Usman Awang, Dr. Lim Swee Tin, Prof. Madya Arbak Othman, Salmiah Ismail, Dr. Firdaus Abdullah dan Dr. Ahmad Kamal.

Peserta seminar tersebut dihadkan kepada 200 orang dan terbuka kepada pencinta sastera Melayu, yakni khalayak sastera, aktivis, pensyarah, siswa bidang kesusasteraan, sasterawan, pemimpin badan penulis dan wartawan.

Yuran pendaftaran ialah RM40 (individu), RM100 peserta berkumpulan (3 orang) dan RM20 (pelajar individu). Keterangan lanjut hubungi 03-89468787 (Dr. Arbaie Sujud), 012-2029130 (Dr. Ahmad Kamal).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.