VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Julai 2014 / 3 Syawal 1435  
  Carian Arkib
KOTA

ARKIB : 09/07/2008

Penumpang RapidKL naik mendadak

PETALING JAYA 8 Julai - Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RapidKL) telah menyaksikan pertambahan dalam purata jumlah penumpang bas dan Transit Aliran Ringan (LRT) sejak pengumuman kenaikan harga minyak oleh kerajaan pada 5 Jun lalu.

Bagi operasi bas, purata jumlah penumpangnya meningkat sebanyak 7.5 peratus daripada 365,111 kepada 392,654 penumpang sehari manakala bagi LRT, puratanya meningkat sebanyak 3.9 peratus daripada 313,753 kepada 326,095 sehari.

Pengurus Besar Komunikasi RapidKL, Ebi Azly Abdullah berkata, berdasarkan analisis awal mendapati terdapat perubahan trend dari segi jumlah penumpang bagi perkhidmatan LRT dan bas.

"Kami akan terus memantau keadaan ini dan melaksanakan pendekatan bersesuaian untuk menampung pertambahan penumpang ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, bagi menampung pertambahan penumpang aliran LRT Kelana Jaya, syarikat itu mungkin memperkenalkan tren tambahan berkapasiti lebih besar pada penghujung 2009.

RapidKL juga, katanya, telah menambah liputan perkhidmatan bas sehingga sebanyak 53 peratus dan menambah jumlah bas sebanyak 30 peratus sejak penubuhannya empat tahun lalu.

"Syarikat kami kini memberi perkhidmatan di sebanyak 980 kawasan perumahan berbanding 638 semasa ia mula beroperasi pada 2005," kata Ebi Azly.

RapidKL, katanya, kini mengangkut kira-kira 4.9 juta penumpang setiap minggu 2.1 juta menggunakan sistem LRT Aliran Ampang dan Kelana Jaya dan 2.8 juta menggunakan bas. Perkhidmatan itu meliputi 49 stesen tren dan 167 laluan bas, ujarnya lagi.

"Untuk perkhidmatan LRT, RapidKL telah berjaya mengekalkan keberkesanan operasinya pada tahap tinggi. RapidKL juga mempunyai tahap perkhidmatan yang tinggi untuk kedua-dua aliran LRT kami iaitu 99.7 peratus bagi LRT Kelana Jaya dan 99.8 peratus untuk Aliran Ampang," jelasnya.

Tambah beliau, RapidKL komited untuk menyediakan sistem pengangkutan awam yang bersepadu kepada penduduk Lembah Klang dan ini termasuk menggalakkan pengguna menggunakan kedua-dua perkhidmatan iaitu bas dan LRT sebagai jaringan pengangkutan bersepadu.

"Jika mereka (pengguna) boleh mendapatkan bas ke stesen LRT berdekatan, mereka seharusnya menggunakan pilihan ini kerana ia akan membawa mereka ke destinasi dengan lebih pantas kerana perkhidmatan LRT tidak terdedah kepada keadaan aliran jalan raya," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.