VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 06/07/2008

Koleksi lagu S.M. Salim

SIAPA mampu menafikan kelunakan suara yang dipersembahkan penyanyi Tan Sri S.M. Salim saat mengalun lagu-lagu berentak tradisional khususnya Melayu asli? Kini dalam satu album yang menampilkan himpunan 16 lagunya bagi produk Nostalgia Abadi terbitan dan edaran Warner Music Malaysia, S.M. Salin menemui khalayak dan penggemarnya.

Siapa yang tidak gemarkan lagu Apa Dah Jadi, Pandang-Pandang, Jeling-Jeling dan Satu, juga lagu-lagu Tak Seindah Wajah, Dulu Lain Sekarang Lain dan Pasir Roboh.

Semuanya terhimpun dalam koleksi ini yang turut memuatkan lagu-lagu malar segar dendangan S.M. Salim termasuk Cik Siti Lelila Mayang, Bunga Tanjung, Joget Kasih Bermula dan Mohon Kasih.

Tidak ketinggalan dimuatkan adalah lagu-lagu popularnya yang lain seperti Cempaka Sari, Cinta Dulu Cinta Sekarang, Kalau Ku Tahu, Joget Jambu Merah, Siti Payung dan Selamat Tinggal Bungaku.

Album: Nostalgia Abadi – Dulu, Kini dan Selamanya – Tan Sri Dato’ S.M. Salim
Edaran: Warner Music Malaysia

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.