VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Oktober 2014 / 6 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 05/07/2008

7 langkah atasi pencemaran minyak di Pengerang

JOHOR BAHRU 4 Julai - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor dan agensi-agensi penguatkuasaan berkaitan telah mengambil tujuh tindakan proaktif bagi menangani kes pencemaran yang berulang kali berlaku di perairan Pengerang dekat Kota Tinggi.

Pengarahnya, Dr. Zulkifli Abdul Rahman berkata, antara tindakan itu ialah mengadakan rondaan bersama dengan Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Laut Wilayah Selatan (JLWS), Polis Marin dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi mengenal pasti punca pencemaran laut.

"Sekiranya perlu, kerja-kerja melawan tumpahan minyak di laut turut dijalankan oleh agensi terbabit berdasarkan Rancangan Kontinjensi Kebangsaan Kawalan Tumpahan Minyak Semakan Tahun 1999/2000.

"Menerusi rancangan itu kita berperanan membendung dan memungut tumpahan minyak di laut seperti yang kerap berlaku di perairan Pengerang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar ini mengenai tindakan kapal dagang yang dalam perjalanan ke Singapura melepaskan sisa minyak dan sampah sarap ke perairan Pengerang, Kota Tinggi.

Perbuatan tidak bertanggungjawab itu didakwa berlarutan sejak 15 tahun lalu sehingga menjejaskan pendapatan lebih 2,600 nelayan di Pengerang berikutan ekosistem musnah akibat pencemaran.

Selain itu, ia turut melumpuhkan sektor pelancongan di Tanjung Punggai, Teluk Ramunia, Kampung Sungai Kapal, Batu Layar dan beberapa kawasan berhampiran kerana pantainya dicemari minyak hitam yang likat.

Zulkifli berkata, rondaan di laut oleh agensi-agensi penguatkuasaan akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi mengelak masalah itu berterusan.

"Kami berpendapat jika kita mahu langkah membanteras pencemaran yang lebih berkesan, kerajaan perlu menambah bilangan bot dan kapal peronda serta anggota berkaitan dengan kadar yang secukupnya bersesuaian dengan keperluan semasa.

"Saya yakin jika ini dapat dilakukan, JAS Johor dengan agensi-agensi yang berkaitan mampu melakukan penguatkuasaan lebih berkesan dan seterusnya menyekat pembuangan sisa minyak oleh kapal," katanya.

Tambahnya, tindakan lain ialah melakukan kerja-kerja pembersihan sisa minyak di pantai berdasarkan Pelan Tindakan Pembersihan Pantai Akibat Tumpahan Minyak Johor 2003 dengan kadar segera bagi mengelak kesan tumpahan terus mencemari kawasan pantai.

Sebagai langkah jangka panjang pula, jelas Zulkifli, lokasi sensitif seperti tempat peranginan, resort dan kawasan ternakan ikan sangkar menyediakan kemudahan membendung dan mencegah tumpahan minyak daripada menghampiri kawasan itu.

Katanya, satu lagi langkah paling berkesan ialah mempertingkat pengawasan melalui udara dengan kerjasama Unit Udara Polis bagi membendung kegiatan membuang sisa minyak oleh kapal-kapal ke laut.

Berdasarkan rekod katanya, JAS menerima sebanyak enam aduan mengenai pencemaran minyak di Pengerang pada 2007 dan 11 aduan dalam tempoh enam bulan tahun ini.

Katanya, aduan tersebut telah disiasat dan punca pencemaran tersebut tidak dapat dikenal pasti secara muktamad bagaimanapun kerja-kerja pembersihan tetap dilaksanakan.

"Selain pemantauan pihak berkuasa, nelayan atau orang ramai yang melihat aktiviti pembuangan minyak di laut atau pantai diminta melaporkan kegiatan tersebut kepada pihak berkuasa," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:06
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.