|
BUKU ini adalah himpunan idea, petua, strategi dan kaedah pelbagai bidang tentang kemahiran pengurusan masa, kemahiran belajar dan kemahiran berfikir yang perlu dipraktikkan dalam kehidupan akademik seorang siswa mahupun untuk sesiapa sahaja yang dahagakan konteks perbincangan sebegini.
Di samping itu, buku ini dilihat sebagai panduan kepada pelajar dalam menguruskan hal ehwal belajarnya dengan mengetahui konsep, strategi dan kaedah yang tepat demi memastikan usaha pembelajaran mereka tidaklah sia-sia.
Diharapkan buku ini dapat memberi bimbingan kepada yang bercita-cita untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran. Ia amat bersesuaian digunakan untuk pelbagai lapisan masyarakat terutama sekali kepada penuntut universiti yang sememangnya sentiasa bergelut dengan keperluan mendapatkan kaedah pembelajaran yang terbaik.
Tajuk : Resipi Istimewa
Untuk Belajar
Penulis : Sapora Sipon
dan Khairuneezam Mohd Noor
Penerbit: Penerbit USIM
Tahun Terbitan : 2007
– ARSHAD HAMZAH
IKLAN@UTUSAN
|