VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 Julai 2014 / 27 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
JOHOR

ARKIB : 01/07/2008

Iskandar Malaysia pesaing Singapura

JOHOR BAHRU 30 Jun - Kerajaan negeri menegaskan projek pembangunan Iskandar Malaysia bermatlamat menjadikan kawasan seluas 2,217 kilometer persegi di selatan Johor itu sebagai pesaing Singapura dan bukannya dimonopolikan pelabur dari negara berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, persepsi bahawa Iskandar Malaysia akan menjadi sebahagian daripada Singapura adalah tidak benar kerana tiada pelaburan secara langsung dari negara itu mengalir ke wilayah berkenaan.

Beliau berkata, setakat ini Iskandar Malaysia telah berjaya menarik lebih 150 syarikat termasuk dari Timur Tengah dan Jepun selain syarikat tempatan.

"Walaupun pelabur asing digalakkan melabur, namun kerajaan negeri tidak bercadang pembangunan dibuat sepenuhnya oleh mereka, jadi, kalau ada yang bimbang peranan Singapura, maka saya lebih cenderung untuk merumuskan Iskandar Malaysia adalah pesaing Singapura," katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Dewan Undangan Negeri Johor di sini hari ini ketika menjawab soalan Datuk Aziz Sapian (BN-Nusajaya), Datuk Dr. Adham Baba (BN-Pasir Raja), Datuk Ir. Hasni Mohamad (BN-Benut), Mok Chek Hou (BN-Stulang), Cheong Chin Liang (BN-Bukit Batu) dan soalan tambahan Dr. Sheikh Ibrahim Salleh (Pas-Sungai Abong).

Menurut Abdul Ghani, kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan juga memastikan pegangan saham berkepentingan bumiputera di Iskandar Malaysia menerusi Khazanah Nasional Berhad., Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) serta Johor Corporation.

"Bagi menjamin pegangan ekuiti bumiputera dalam Iskandar Malaysia, dasar pegangan ekuiti sedia ada dihalusi dan dasar atau strategi baru dirangka bagi membuka peluang kepada rakyat dan syarikat tempatan untuk memiliki saham atau pegangan dalam syarikat-syarikat yang beroperasi di Iskandar Malaysia," katanya.

Jelas beliau, pembangunan sektor mewah tertentu di Iskandar Malaysia bertujuan untuk menjana aktiviti ekonomi yang dapat dimanfaatkan masyarakat tempatan.

Katanya, kerajaan negeri akan memastikan pemaju projek mewah itu menyumbang kepada Tabung Pembangunan Sosial supaya pulangan terus kepada masyarakat menerusi Rumah Mampu Milik dan projek sosial lain dapat diteruskan.

"Kerajaan negeri amat peka terhadap faktor-faktor geopolitik dan integrasi sosial, di samping menggalakkan pembangunan baru, kerajaan dan IRDA juga menggalakkan pembangunan semula penempatan sedia ada supaya masyarakat setempat dapat hidup dengan lebih selesa melalui sistem jalan raya, pembentungan dan infrastruktur yang baik," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.