VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Julai 2014 / 4 Syawal 1435  
  Carian Arkib
KESIHATAN

ARKIB : 29/06/2008

Kesan pemakanan pada badan Kaitan susu soya dan kanser

Doktor,
Saya tidak boleh minum teh, kopi atau susu kerana saya menghadapi masalah angin di perut apabila meminum minuman tersebut.

Kemudian saya beralih ke susu soya untuk sumber kalsium. Saya serasi dengan susu soya. Perut saya tidak meragam apabila minum susu soya.

Saya minum susu soya satu kali pada setiap pagi sejak setahun yang lalu. Bagaimanapun, baru-baru ini saya menerima e-mel daripada kakak saya yang menyatakan kita boleh mendapat pelbagai jenis kanser jika kita minum susu soya secara berlebihan.

Adakah kenyataan itu benar? Tetapi setahu saya, susu soya elok untuk mengelakkan penyakit jantung dan elok untuk merendahkan tahap kolestrol badan.

Bagaimana pula dengan orang yang mengamalkan pemakanan sayur (vegetarian)? Mereka bergantung kepada susu soya untuk diet harian mereka. Adakah mereka berisiko menghidapi kanser?

MAS, PETALING JAYA

Jawapan:
Saya telah menerima beberapa e-mel serupa yang mengaitkan produk soya dengan kanser tertentu.

Produk kacang soya sememangnya mengandungi bermacam jenis phytohormon yang belum lagi dikaji sepenuhnya fungsi dan tindakannya.

Dakwaan yang mengaitkan kanser dengan kacang soya bagaimanapun mungkin hanya khabar angin dan ketepatan maklumat yang disampaikan agak sukar ditentukan.

Namun, jika anda mengambil susu soya sebagai sumber protein, anda juga boleh menimbangkan sumber protein lain seperti produk vegetarian lain yang juga kaya dengan protein seperti dhal, sayur-sayuran dan pelbagai jenis kekacang.

Jika anda mengambil susu soya sebagai suplemen kalsium, maka anda patut menimbangkan pelbagai jenis daging dan juga sayur-sayuran untuk sumber kalsium.

Walaupun teori kanser di kalangan pengamal minuman susu soya belum lagi dibuktikan, amalan meminum susu soya sekali-sekala mungkin adalah selamat.

Sukar membuang air

besar sejak kecil

Doktor,

Saya ada masalah sembelit. Sejak kecil saya membuang air besar hanya sekali dalam empat hari.

Kini, saya berusia 26 tahun. Setiap kali saya hendak membuang air besar, saya mesti makan vitamin C 1,000 miligram selepas makan malam.

Semasa saya membuang air, kadang kala saya terpaksa menjolok menggunakan jari agar ia dapat dikeluarkan.

Kebiasaannya najis keras dan berketul. Walaupun kini saya membuang air setiap hari dan kadang kala sekali dalam dua hari, saya kadang kala tetap perlu meneran agak lama dan menjolok sebelum ia dapat dikeluarkan.

Apakah tindakan yang harus saya lakukan agar dapat memudahkan membuang air besar seperti orang lain?

Apakah akan berlaku jika perkara ini berterusan dan bagaimana hendak menyelesaikan masalah ini?

Liza Kristy

Jawapan:

Dalam proses membuang hasil penghadaman badan, membuang air besar sebanyak dua kali setiap hari adalah cara terbaik.

Jika tidak, sekali setiap hari menjadi satu kemestian bagi mengelakkan masalah kesihatan akibat penyerapan toksin dari najis yang terkumpul.

Bagi masalah saudari, saya merasakan perlu mengamalkan beberapa kaedah untuk memudahkan saudari membuang air.

Minumlah air dengan banyak (secukupnya) setiap hari, dan amalkan pengambilan serat yang tinggi melalui sayur-sayuran dan buah-buahan bagi memudahkan pergerakan najis di dalam usus.

Saudari juga mungkin perlu mengurangkan pengambilan daging dan amalan memakan buah prun mungkin dapat membantu.

Jika amalan pemakanan ini masih gagal membantu masalah saudari selepas satu tempoh dan najis masih keras serta sukar disingkirkan, saudari dinasihatkan berjumpa doktor untuk ujian lanjut dan mendapatkan rawatan sewajarnya.

Doktor mungkin akan mencadangkan ujian kolonoskopi untuk memeriksa keadaan usus dan menasihatkan pengambilan ubat tertentu untuk melancarkan pergerakan usus saudari.

Masalah ini tidak elok dibiarkan berterusan terlalu lama kerana najis adalah bahan buangan yang mengandungi toksin yang perlu disingkirkan oleh badan.

Najis yang terkumpul terlalu lama mungkin akan membawa mudarat dan menjejaskan kesihatan badan kelak.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.