Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
MEGABAIT

ARKIB : 26/06/2008
Cetakan lebih konsisten

Cetakan lebih konsisten


PENCETAK terkini yang mampu memberi kepuasan kepada penggunanya.


RICOH, jenama peneraju global kepada penyelesaian perkakas digital pejabat baru-baru ini, mengumumkan penghasilan dua model pencetak laser berteraskan teknologi inovatif model Aficio SP C220N dan SP C222DN .

Dua model pencetak baru berwarna itu hadir dengan rekaan terkini serta dilengkapi ciri pintar yang berupaya menghasilkan hasil cetakan pantas dan berkualiti.

Pencetak model SP C220N dan SP C222DN yang disasarkan penggunaannya terhadap individu persendirian dan organisasi kecil itu dikatakan berkemampuan untuk menyokong kehendak penggunaan kumpulan tersebut.

Dari segi prestasi, kedua-dua model tersebut menawarkan kepantasan dalam menghasilkan cetakan.

Lebih menarik, pencetak baru tersebut juga memperlihatkan cetakan dokumen warna mampu dihasilkan pada masa kelajuan yang sama seperti mencetak dokumen hitam putih.

Model C222N berupaya menghasilkan 20 cetakan pada setiap minit, manakala C220N pula mampu mencetak 16 helaian cetakan pada setiap minit.

Dikatakan kedua-dua pencetak itu mampu mencetak 30,000 helaian cetakan dalam masa sebulan.

Pencetak baru keluaran Ricoh itu juga membolehkan pengguna mencetak menggunakan pelbagai jenis dan saiz kertas.

Secara tidak langsung, pengguna mampu menghasilkan pelbagai bentuk cetakan termasuk menggunakan kertas jenis tebal, licin, lut sinar dalam pelbagai saiz.

Dalam pada itu, kuantiti tidak akan membawa sebarang makna sekiranya cetakan yang dihasilkan tidak berkualiti.

Justeru, menerusi teknologi yang diterapkan oleh Ricoh, model tersebut mampu menghasilkan cetakan yang berkualiti beresolusi 2400 x 600 dpi.

Ia menjanjikan cetakan yang konsisten dengan menampilkan cetakan yang seimbang dari segi warna dan kejelasan.

Dari sudut pengendalian pula, kedua-dua pencetak itu sangat mudah pengguna kerana ia boleh dikendalikan oleh sesiapa sahaja yang dikawal menerusi penerapan panel kawalan ringkas.

Dalam pada itu, kehadiran lampu amaran khas yang terbina itu juga memudahkan tugasan isian dakwat dilakukan.

Berteraskan proses yang begitu ringkas, pengguna mampu membuat isian semula dakwat dengan pantas dan bersih.

Kini, kedua-dua model tersebut sudah boleh didapati di pasaran tempatan pada harga RM1,739 untuk model SP C220N dan RM2,898 bagi model SP C222N.

Maklumat dan spesifikasi lengkap produk boleh didapati dengan melayari laman web www.ricoh.com.my.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN