|
BUKU ini merupakan salah satu usaha untuk memberi kefahaman dan menerangkan konsep al-Yamin dan pelaksanaannya di Mahkamah Syariah.
Melalui pemerhatian dan kajian yang dijalankan, didapati terdapat kekeliruan dan ketidakfahaman sesetengah pihak malahan pengamal undang-undang itu sendiri mengenai konsep al-Yamin dan pemakaiannya menurut hukum syarak.
Melalui buku ini, penulis membuat kesimpulan bahawa al-Yamin merupakan salah satu mekanisme atau keterangan yang berkesan untuk mahkamah membuat sesuatu keputusan.
Diharapkan penerbitan buku ini akan dapat menambahkan bahan rujukan akademik mengenai undang-undang, pelajar syariah dan undang-undang, ahli akademik dan semua pihak yang terlibat dengan pentadbiran undang-undang Islam.
- DR. SAPORA SIPON
Tajuk: Konsep Sumpah (Al-Yamin) Dan Pelaksanaannya Di Mahkamah Syariah
Penulis: Wan Abdul Fatah bin Wan Ismail dan Zulkifili Hassan
Penerbit: Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia
Tahun Terbitan: 2007
IKLAN@UTUSAN
|