Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
KELUARGA

ARKIB : 23/06/2008
Menceriakan ruang dengan hiasan dalaman

Menceriakan ruang dengan hiasan dalaman


dua kerusi bersayap dan berfabrik Elyza’s, gaya Inggeris jelas terserlah.


PERABOT putih, fabrik berbunga, kertas dinding, barangan seramik dan jambangan bunga adalah ciri-ciri dekorasi berkonsepkan desa keinggerisan.

Inilah trend sekarang, pasti setiap rumah walaupun bukan keseluruhannya turut menyelit konsep ini kerana ia mewujudkan suasana yang ceria dengan corak bunga-bunga kecil.

Pasti keceriaan kekeluargaan itu turut bertambah dengan adanya hiasan dalaman yang memberi ilusi kepada kebahagiaan seisi rumah tersebut.

Kini banyak kedai dekorasi menawarkan perabot, fabrik dan hiasan dalaman yang berkonsep sedemikian.

Penggunaan perabot putih daripada kayu merbau memberi ketahanan kepada penggunanya. Tambah berseri lagi apabila dihiaskan dengan corak bunga dan dihamparkan pula dengan fabrik berbunga halus. Sudah tentu gaya kedesaan Inggeris menyerlah.

Sehubungan itu, kerana minat kepada konsep tersebut, Norazila Mustafa telah memberanikan diri membuka sebuah premis dekorasi, Nor Collection & Design di tempat kelahiran suaminya, Zakaria Abdul Karim iaitu di Alor Gajah, Melaka.

Jika selama ini hampir tiga tahun beliau hanya menjadikan rumah teres dua tingkatnya di Taman Sri Gombak sebagai ‘ruang pameran’ untuk barangan jualannya, kini beliau membuka sebuah premis bagi mengembangkan lagi perniagaannya. .

‘‘Saya ingin kembangkan perniagaan ini dan menjadi cita-cita untuk mempunyai premis dan akhirnya Mei lalu, kedai dekorasi saya mula beroperasi di Taman Paya Rumput Indah, Alor Gajah, Melaka.

‘‘Walaupun agak jauh berulang alik dari Kuala Lumpur ke Melaka, namun itu tidak mendatangkan masalah. Saya puas dengan keadaan itu. Bukan saya tidak mahu mencari kedai di sekitar Lembah Klang, tetapi di Melaka, sewanya murah dan di sana masih kurang kedai yang menawarkan khidmat dan berkonsep seperti itu,’’ katanya baru-baru ini.

Menurut Norazila, ‘ruang pameran’ di rumahnya di Kuala Lumpur masih beroperasi seperti biasa walaupun mempunyai premis tetap di Melaka bagi memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang sedia ada dan yang telah tahu mengenainya.

‘‘Tujuan pembukaan premis di Melaka bagi mengembangkan khidmat kepada pelanggan yang berada di selatan tanah air. Jadi, saya mengambil keputusan untuk membuka di Melaka kerana ia berada di tengah-tengah antar Johor dan Negeri Sembilan,’’ katanya.

Tambahnya, antara perkhidmatan yang ditawarkan di Nor Collection & Design ialah hias reka langsir dan ruang dekorasi kamar pengantin, perabot eksklusif iaitu daripada kayu merbau, kertas dinding, upholsteri, seramik, bunga dan produk aksesori hiasan.

Kedai yang bersaiz 18.27 meter persegi turut menawarkan khidmat membaik pulih sofa dan yang menariknya, semua kerja-kerja jahitan dihasilkan di kedai itu sendiri.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan hiasan dalaman, tempahan langsir dan cadar serta aksesori hiasan bolehlah ke No. 51, Jalan PRI 19, Taman Paya Rumput Indah, Paya Rumput, Melaka atau hubungi 019-6080379.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN