VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Ogos 2014 / 5 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
RENCANA

ARKIB : 22/06/2008

‘Mengubah wajah kota suci’

“BANYAK hotel sudah dirobohkan, sukar mendapat penginapan berdekatan dengan Masjidil Haram tetapi Andalusia akan berusaha mencari hotel terdekat,’’. Begitulah antara harapan yang diberikan oleh Pengarah Urusan Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd., Ibrahim Mat Sin kepada mereka yang menghadiri ceramah umrah pada setiap Ahad. Ceramah itu dikendalikan sendiri oleh Pengerusi Eksekutif syarikat itu, Datuk Daud Che Ngah.

Daud yang juga bekas Pengurus Besar Bimbingan Haji, Lembaga Tabung Haji turut memberi ingatan supaya banyak bersabar di tanah suci dalam keadaan sekarang. Beliau mahu bakal jemaah menjaga kesihatan di tanah suci akibat cuaca panas dan berdebu berikutan kerja-kerja merobohkan bangunan.

Nasihat dua orang kuat Andalusia itu sudah cukup menjadi bekalan kepada bakal-bakal jemaah yang begitu setia menghadiri ceramah separuh hari itu yang sambutannya amat luar biasa.

Jika lewat datang, maka terpaksalah berada di luar dewan Wisma Andalusia di Jalan Belangkas off Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur itu.

Berbekalkan tunjuk ajar serta panduan ceramah yang dihadiri penulis untuk tempoh beberapa minggu itu, akhirnya penulis yakin dapat menunaikan umrah yang sudah lama dihajatkan. Syaratnya bersyukur dengan apa yang diperoleh di tanah suci - makan minum, hotel, pengangkutan dan sebagainya serta banyak bersabar ketika menunaikan ibadah itu.

Sukar untuk menggambarkan kesyukuran dan kebahagiaan sebaik tiba di tanah suci Mekah pada awal pagi hari berkenaan lebih-lebih lagi setelah melihat Masjidil Haram dan kemudiannya Kaabah bagi memulakan umrah yang pertama.

Kawasan

Dan pada sebelah siang, barulah dapat dirasai bahawa kawasan sekeliling Masjidil Haram sedang dibangunkan. Bangunan tinggi juga mengelilingi Masjidil Haram. Kelihatan kren binaan bersimpang siur yang menandakan betapa pesatnya pembangunan yang akan terus mengubah wajah kota suci bagi keselesaan tetamu-tetamunya terutama pada musim haji. Banyak runtuhan dapat dilihat di sekeliling masjid termasuk berhampiran kawasan sai antara Safa dan Marwah.

Mujurlah, hotel penginapan Andalusia letaknya lebih kurang 150 meter dari Masjidil Haram. Ia bukan hotel bertaraf lima bintang tetapi mungkin tiga bintang. Empat katil bujang yang memenuhi bilik itu menyebabkan, ia hanya sesuai untuk tidur. Tetapi apa lagi yang mahu dilakukan di kota suci itu sekalipun mendapat hotel lima bintang kerana yang utama adalah beribadat di Masjidil Haram. Maka cukuplah sekadar ada tempat tidur dan mandi manda. Kebahagiaan di sana bukannya terletak pada taraf hotel tetapi peluang beribadat terutama solat lima waktu secara berjemaah di hadapan Baitullah.

Ketika berjalan-jalan di sekitar kota suci itu, seorang mutawif menyifatkan sekarang musim penghancuran iaitu kerja-kerja meroboh bangunan hotel murah. Semua itu dilakukan bagi membolehkan pihak berkuasa Arab Saudi melebarkan dataran Masjidil Haram. Akibatnya, kira-kira 500,000 katil atau tempat penginapan jemaah di Mekah akan berkurangan berbanding musim haji sebelum ini.

Berikutan kekurangan tempat penginapan ini, mereka yang mahu mengerjakan umrah turut merasai kesannya kerana kedudukan hotel murah lebih jauh berbanding bertaraf lima bintang.

‘‘Tetapi Andalusia bernasib baik kerana sudah menandatangani kontrak dengan tiga buah hotel yang jaraknya dengan masjid antara 150 hingga 200 meter dengan nilai sewa RM12.4 juta untuk tahun ini,’’ kata Ibrahim.

Andalusia berani menyewa tiga hotel itu dengan keupayaan lebih 200 bilik kerana jangkaan syarikat mengendalikan 10,000 jemaah tahun ini. Setakat ini 6,000 jemaah telah dikendalikannya.

Hotel-hotel itu juga akan digunakan untuk bakal jemaah haji yang mahu menggunakan pakej syarikat berkenaan pada musim haji akan datang.

Ibrahim mengakui akibat kerja-kerja perobohan itu, hotel yang ‘tidak berbintang’ di Mekah lebih mahal daripada hotel bertaraf lima bintang di Madinah.

Akibat keadaan ini juga, seperti yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini, Tabung Haji (TH) terpaksa menanggung kos tambahan RM70.2 juta atau RM2,600 setiap jemaah pada musim haji tahun ini berikutan perbelanjaan pembiayaan penginapan yang melonjak lebih 300 peratus.

TH terpaksa menyewa bangunan hotel, apartmen dan rumah penginapan yang paling hampir dengan masjid dengan kadar sewa yang meningkat.

Difahamkan, pembangunan sekitar Masjidil Haram juga akan melibatkan pembangunan semula hotel-hotel kecil yang sudah dikenalpasti untuk dirobohkan secara berperingkat.

Pembangunan

Menurut Ibrahim, ada hotel yang disewa oleh syarikatnya sudah pun dalam senarai pembangunan semula.

``Kita berharap selepas pembangunan semula, masalah bilik penginapan dan harga akan kembali stabil,’’ katanya yang bersiap sedia untuk menguruskan kira-kira 4,000 lagi jemaah umrah menjelang akhir Ramadan dan Syawal ini.

Tetapi masalah sekarang ialah kenaikan harga minyak. Syarikat pelancongan yang menguruskan pakej umrah turut terasa bebanan apabila surcaj yang dikenakan oleh syarikat penerbangan meningkat sehingga RM320.

‘‘Hampir semua syarikat penerbangan telah menaikkan surcaj dan ini bebanan kepada syarikat yang sudah menempah tiket untuk jemaah umrah,’’ katanya.

Maka dalam hal ini, syarikat tidak ada pilihan kecuali meminta bayaran tambahan atau jemaah membatalkan hasrat pemergian mereka ke tanah suci.

Namun biar apa pun keadaannya, jika niat sudah ada, berusahalah untuk ke sana. Semoga perjalanan `penyucian jiwa’ itu diredai dan `perpisahan’ dengan kota suci itu bukanlah satu perpisahan yang terlalu lama. Seperti antara yang terkandung dalam doa selepas tawaf perpisahan yang antaranya bermaksud: `` Ya Tuhanku , janganlah Engkau jadikan ziarah hamba ini di tempat yang mulia ini sebagai ziarah yang penghabisan , kurniakanlah kepada hamba peluang untuk menziarahi kembali ke tempat ini dalam keadaan sihat dan baik jika panjang umur hamba, insyaAllah hamba akan datang lagi ....’’. Semoga umrah ini pembuka jalan ke arah menunaikan ibadah haji.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:25
Maghrib 7:21
Isyak 8:31


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.