ARKIB : 20/06/2008
Orang ramai dinasihat tidak beli atau makan ikan buntal
KUALA LUMPUR 20 Jun Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai agar tidak membeli atau memakan ikan buntal berikutan berlakunya enam kes keracunan makanan akibat memakan telur atau isi ikan itu yang dilaporkan sejak dua bulan lepas.
Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata, dua daripada 36 mangsa berkenaan meninggal dunia dalam kejadian berasingan di Johor Bahru, Kota Tinggi, Batu Pahat, Kulai dan Pontian.
Katanya, Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah mengeluarkan notis larangan penjualan ikan buntal kepada orang awam di semua pasar dan premis di seluruh negeri berkenaan.
Ikan buntal mempunyai racun semula jadi iaitu tetradoxin yang terdapat banyak dalam hati, ovari dan usus ikan, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, racun ikan itu sangat berbahaya dan tidak dapat dimusnahkan dengan suhu, malah boleh menyebabkan gangguan sistem saraf yang serius dan boleh membawa maut. - Bernama
Isu YDP MAINPP: UMNO Pulau Pinang kesal
Bekas Speaker DUN Perlis meninggal dunia
ASEAN digesa tingkat usaha hapus keganasan
Naza lancar ruang pameran Ducati terbesar di Asia
Tambang haji kekal RM9,980, quota 28,000
Pemuda UMNO bantu lunas cukai rumah P. Ramlee
Najib umum 42 peluang perniagaan inovatif
Kes Anwar saman Chandra dibicarakan 10 Sept.
Penyenaraian Felda Global Ventures diluluskan
Polis tumpaskan sindiket penipuan Macau Scam
Rakyat Malaysia seludup ubat batuk dihukum penjara
PTPTN: Jangan jadi kuda tunggangan pembangkang
Liga Juara-juara: Chelsea tundukkan Barcelona 1-0
Suu Kyi rancang kunjung Britain, Norway pada Jun
Buru gajah di Afrika: Raja Sepanyol mohon maaf
Kes amukan di Oslo: Suspek tak takut dihukum
Misi NATO di Afghanistan kekal hingga 2014
Penularan H5N1: China musnah 95,000 ekor ayam
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









