ARKIB : 20/06/2008
Selangor lantik 288 ahli majlis PBT
SHAH ALAM 19 Jun - Kerajaan Selangor mengesahkan pelantikan seramai 288 orang sebagai ahli majlis untuk 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negeri itu.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kesemua mereka yang merupakan muka baru akan memulakan tugas pada akhir bulan ini selepas mengangkat sumpah bagi jawatan tersebut.
"Majoriti iaitu 88 peratus daripada ahli majlis berkelulusan diploma dan ijazah.
"Daripada jumlah itu, sebanyak 25 peratus datang daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan profesional seperti doktor, peguam, akauntan dan jurutera," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau menambah, turut dilantik adalah 49 wanita dan orang kurang upaya (OKU).
Katanya, senarai mereka yang dilantik akan diumumkan oleh Datuk Bandar dan Yang Dipertua PBT masing-masing.
Beliau memberitahu, kesemua mereka diberikan kontrak perkhidmatan selama setahun dan bukan tiga tahun seperti yang diamalkan sebelum ini.
Jelas beliau, penyambungan kontrak boleh dilanjutkan tidak melebihi tiga tahun berdasarkan prestasi masing-masing.
Ditanya berapa ramai ahli politik yang termasuk dalam barisan baru berkenaan, Abdul Khalid menjelaskan, jumlahnya tidak melebihi 75 peratus terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu berkata, kesemua ahli majlis yang baru dilantik akan menjalani latihan berkaitan tugas tersebut selama tiga hari di Pusat Latihan PBT di Morib.
DBKL akan siasat penganjur - Mhd. Amin Nordin
Tengku Adnan tumpu masalah banjir, perumahan
Jaminan kepada penduduk
Pihak berwajib didesak henti segera - UIAM
Kerajaan pakatan tidak ada kesepakatan - Johan
Wanita maut dirempuh MPV
UIAM malu tercemar teruk
Mula beroperasi hari ini
Ahmad Fauzi akan selesaikan masalah secara berterusan
Budiman terus dekati masyarakat desa Sungai Panjang
Pembangunan semula bermula
Airport Limo tidak terkubur
XMIT 500 teknologi baharu pungut sampah
DBKL naik taraf Jalan Genting Klang
Sisa pokok tumbang tidak dibersihkan
Persatuan teksi sambut baik
27,000 pengguna terjejas akibat paip air pecah di Klang
DBKL, YWP bantu keluarga mangsa kebakaran
Undang keresahan orang ramai
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









