ARKIB : 19/06/2008
Klinik, hospital kerajaan lanjut waktu operasi
KUALA LUMPUR 19 Jun – Kementerian Kesihatan kini bersedia menampung pertambahan bilangan pesakit dengan melanjutkan waktu operasi serta perkhidmatan di semua hospital dan klinik kerajaan termasuk di luar bandar.
Timbalan Menterinya, Datuk. Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, langkah itu adalah sejajar dengan hasrat untuk mengurangkan bebanan rakyat berikutan pengumuman kenaikan harga minyak oleh kerajaan pada 5 Jun lepas.
Katanya, selain waktu operasi yang kini dilanjutkan sehingga pukul 9.30 malam pada hari bekerja, pembedahan juga kini dilakukan pada hari Sabtu.
``Orang ramai dapat berkunjung ke klinik kerajaan dan sekali gus dapat menjimatkan kos perubatan perkhidmatan swasta.
``Arahan telah dikeluarkan kepada semua kakitangan hospital dan klinik untuk bersedia menampung jangkaan pertambahan pesakit sebanyak 25 peratus,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Sains Kesihatan atau Sihat 2008 Ketujuh di sini hari ini.
Beliau berkata, para pegawai perubatan yang berkhidmat di klinik atau hospital kerajaan akan bekerja mengikut syif dan mereka juga boleh membuat kerja lebih masa pada kadar bayaran RM80 sejam.
``Kami juga mengalu-alukan doktor atau pegawai perubatan swasta untuk berkhidmat secara sambilan dengan kerajaan pada kadar bayaran RM80 sejam bagi menampung pertambahan bilangan pesakit ini,” katanya.
Kementerian Kesihatan kini mempunyai lebih 128 hospital, 30,969 katil, 1,909 klinik termasuk Klinik Desa dan Klinik Kesihatan.
Sementara itu, Latiff berkata rakyat Malaysia khususnya pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) perlu mengubah cara pemikiran dan mengikis tanggapan sempit bahawa hasil penyelidikan universiti tempatan tidak memenuhi standard antarabangsa untuk dikomersialkan.
Katanya, sebagai contoh, di negara maju, universiti dan industri akan bekerjasama bagi memastikan mereka dapat menghasilkan produk yang menguntungkan negara.
“Kebanyakan produk ubatan yang sedia ada di pasaran adalah diimport dari negara Jerman kerana di sana kebanyakan IKS dikendalikan anggota keluarga dan mereka akan melabur sebanyak 10 hingga 15 peratus daripada pendapatan untuk bekerjasama dalam bidang penyelidikan dengan universiti dan dari situ mereka akan menghasilkan produk-produk kesihatan,” kata beliau.
Justeru, beliau berharap budaya penyelidikan itu dapat diserap terutama dalam sektor industri dan menurutnya kerajaan menyediakan pelbagai bantuan bagi tujuan itu.
Simposium dua hari yang bermula semalam anjuran Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu dihadiri para pensyarah, pegawai kanan universiti dan penyelidik yang bertujuan memantapkan penyelidikan dalam bidang Sains Kesihatan. — BERNAMA.
Isu YDP MAINPP: UMNO Pulau Pinang kesal
Bekas Speaker DUN Perlis meninggal dunia
ASEAN digesa tingkat usaha hapus keganasan
Naza lancar ruang pameran Ducati terbesar di Asia
Tambang haji kekal RM9,980, quota 28,000
Pemuda UMNO bantu lunas cukai rumah P. Ramlee
Najib umum 42 peluang perniagaan inovatif
Kes Anwar saman Chandra dibicarakan 10 Sept.
Penyenaraian Felda Global Ventures diluluskan
Polis tumpaskan sindiket penipuan Macau Scam
Rakyat Malaysia seludup ubat batuk dihukum penjara
PTPTN: Jangan jadi kuda tunggangan pembangkang
Liga Juara-juara: Chelsea tundukkan Barcelona 1-0
Suu Kyi rancang kunjung Britain, Norway pada Jun
Buru gajah di Afrika: Raja Sepanyol mohon maaf
Kes amukan di Oslo: Suspek tak takut dihukum
Misi NATO di Afghanistan kekal hingga 2014
Penularan H5N1: China musnah 95,000 ekor ayam
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









