VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 September 2014 / 6 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
SASTERA

ARKIB : 16/06/2008

Dedikasi 50 tahun penulisan kreatif


REJAB F.I menunjukkan siri Cerita Rakyat dan Cerita Tauladan sebagai dedikasi kepada dunia kreatif tanah air.


BERMULA 1960. Sejak itu, beliau telah menghasilkan sekitar 138 judul buku yang terdiri daripada novel dewasa, remaja dan kanak-kanak) selain menulis cerpen, puisi drama dan esei.

Kini, setelah hampir 50 tahun bergelumang dalam kancah sastera dan dunia kreatif tanah air, Rejab F.I (Rejab Ismail) berjaya menerbitkan sendiri karyanya sebagai dedikasi kepada dunia penulisan kreatif tanah air.

Karya tersebut terdiri daripada koleksi Siri Cerita Rakyat sebanyak 10 judul dan Siri Cerita Teladan, 6 judul. Ia diterbitkan melalui penerbitan bersama anak sulungnya, Ronifira Rejab, Brainwave Communications Sdn. Bhd.

Sesuai dengan konsep karya untuk kanak-kanak, buku-buku tersebut dikemaskan dalam kotak yang menarik yang turut mengandungi brosur, panduan untuk ibu bapa, guru dan kanak-kanak serta lambaran 15 pelekat kata-kata pujangga.

Dalam brosur terdapat senarai buku-buku tersebut serta pengenalannya, sedikit catatan tentang penulis dan borang tempahan manakala panduan untuk ibu bapa dan guru-guru, antara lain mencatatkan tentang peranan cerita-cerita rakyat untuk kanak-kanak.

Adaptasi

Sesungguhnya, cerita rakyat adalah warisan intelektualisme sesebuah bangsa. Di negara-negara Barat, Jepun, Jerman dan lain-lain, ia begitu dihargai dan sering difilemkan atau diadaptasi ke genre seni lain termasuk teater.

Penghargaan yang begitu besar terhadap cerita-cerita rakyat oleh masyarakat Barat telah meletakkan mitos dan legenda yang mewarnai genre kreatif tersebut seolah-olah realiti.

Bertujuan untuk memberi nilai yang sama terhadap cerita-cerita rakyat tempatan, Siri Cerita Rakyat dan Cerita Tauladan itu mengandungi nilai-nilai murni seperti yang terdapat dalam kurikulum pendidikan negara kita.

Nilai-nilai murni itu akan membina peribadi dan pekerti kanak-kanak seperti semangat berdikari, hormat menghormati, keberanian, kasih sayang, kejujuran, kesyukuran dan kebersihan mental serta fizikal.

Sebagai bekas guru selama 35 tahun, Rejab yakin, membentuk buluh sebaiknya pada masa rebung. Pengalaman tersebut diabadikan dalam karya-karya berkenaan khusus kepada konsep penerapan nilai-nilai murni sepertimana yang terdapat dalam Sistem Pendidikan Negara.

“Saya yakin konsep tersebut. Kanak-kanak yang berusia 8 hingga 10 tahun sudah dapat membaca cerita-cerita tersebut. Para guru (kelas Tadika) misalnya dapat membaca cerita-cerita itu kepada kanak-kanak.

“Dalam buku tersebut terdapat glosari yang dapat menjadi rujukan kepada pembaca untuk memahami kata-kata yang kurang difahami. Terdapat juga soalan-soalan latihan sebagai menguji kefahaman kanak-kanak,” katanya.

Panduan

Siri cerita tersebut akan turut disertai dengan gambar-gambar dan sesuai sebagai panduan atau rujukan sesuatu peristiwa yang berlaku dalam sesebuah cerita.

Selain itu, sebanyak 15 pelekat kata-kata pujangga yang dapat membentuk jiwa kanak-kanak seperti 'Kegembiraan adalah bunga kesihatan yang utama', 'Perhiasan batin itu lebih baik daripada perhiasan lahir', 'Berhati-hati adalah anak sulung daripada kebijaksanaan' dan 'Berharap tanpa usaha adalah pekerjaan yang sia-sia' disertakan.

Kata-kata pujangga tersebut amat sesuai dilekatkan pada beg sekolah, meja tulis atau pada cermin muka untuk dibaca dan dihayati oleh kanak-kanak setiap hari.

Sebagai bahan bacaan ringan untuk kanak-kanak peringkat sekolah rendah dan tadika, wajar sahaja dedikasi kreatif Rejab tersebut menjadi salah satu bahan bacaan di perpustakaan sekolah.

Sementara itu, kedua-dua siri tersebut dijual pada harga RM138.00 bersama, kata-kata pujangga. Pembaca yang ingin memperolehinya sila hubungi Brainwave Communications di 019-3654696 atau 019-4544855 (penulis) atau melayari e-mail: brainwavecomm@yahoo.com.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:24
Maghrib 7:21
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.