VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Ogos 2014 / 5 Syawal 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 15/06/2008

Orang ramai serbu Pejabat Pos


Orang ramai berpusu-pusu membanjiri kaunter Pos Malaysia, Kota Bharu pada hari pertama bagi menuntut rebat tunai subsidi minyak bagi kenderaan persendirian semalam.


KUALA LUMPUR 14 Jun - Pejabat- pejabat pos di seluruh negara hari ini diserbu oleh para pemilik kenderaan seawal pukul 7 pagi untuk membuat tuntutan rebat tunai bagi kenderaan masing-masing.

Walaupun pejabat pos hanya dibuka pada pukul 8.30 pagi, para pemilik kenderaan sanggup beratur awal bagi tujuan mempercepatkan urusan pembayaran rebat berkenaan.

Mereka memanfaatkan sepenuhnya cuti hari Sabtu untuk mendapatkan rebat tunai yang dijanjikan kerajaan berikutan kenaikan harga minyak baru-baru ini.

Di Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur, kira-kira 500 pemilik kenderaan persendirian mula beratur di Pejabat Pos Besar di sini seawal pukul 7.15 pagi untuk membuat tuntutan rebat tunai.

Ketua Pegawai Operasi Posniaga, Mearia Hamzah berkata, pihaknya membuka sebanyak 15 kaunter dengan lebih 30 kakitangan bertugas untuk membantu melancarkan proses pengagihan tersebut.

Di JOHOR BAHRU, kecekapan dan kelancaran sistem Pos Malaysia mengendalikan tuntutan rebat tunai subsidi minyak membolehkan setiap tuntutan diselesaikan dalam tempoh kira-kira tiga minit.

Tinjauan Mingguan Malaysia mendapati pemilik kenderaan yang berurusan berpuas hati kerana masa yang diambil untuk membuat tuntutan adalah singkat walaupun terpaksa beratur panjang.

Seorang kakitangan kerajaan, Mohd. Fazli Mohamed, 31, berkata, dia agak terkejut dengan kemampuan kakitangan pejabat Pos Malaysia mengendalikan perkara itu.

''Pada mulanya saya ingatkan akan mengambil masa lama memandangkan ramai orang di Pejabat Pos tetapi sebaik sahaja tiba giliran saya, segala urusan selesai dalam tempoh kira-kira tiga minit,'' katanya.

Di MELAKA, secara keseluruhannya urusan pembayaran rebat kepada pemilik kenderaan berjalan lancar biarpun berlaku masalah teknikal seperti nama pemilik tiada dalam sistem data pejabat pos sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka.

Siti Nur Jayhan Begam, 24, melahirkan rasa kecewa kerana gagal mendapat bayaran rebat kenderaannya setelah penat beratur selama dua jam sejak pukul 7 pagi.

Katanya, permohonannya ditolak oleh pihak Pejabat Pos disebabkan namanya tidak termasuk dalam pangkalan data Pos Malaysia.

Selain itu, Taha Pendek, 71, berkata, tuntutan rebat tunai RM150 untuk motosikalnya juga ditolak setelah beliau beratur selama dua jam mulai 7.30 pagi.

Sementara di SEREMBAN, suasana di Pejabat Pos Besar di bandar ini sesak berikutan orang ramai yang mula menyerbu kaunter seawal jam 7 pagi. Tinjauan mendapati keadaan itu turut melibatkan kesesakan lalu lintas.

Di ALOR STAR, keghairahan pemilik kenderaan yang ingin membuat tuntutan rebat tunai menyebabkan pejabat-pejabat pos di negeri ini penuh sesak.

Pengurus Negeri Pos Malaysia Berhad Kedah/Perlis, Jaafar Abd. Rahman berkata, keadaan bagaimanapun terkawal apabila kesemua petugas yang terlibat sudah bersedia untuk menerima kehadiran pemilik kenderaan berkenaan.

Keadaan yang sama turut berlaku di KUANTAN apabila Pejabat Pos Besar di bandar itu diserbu ribuan pemilik kenderaan persendirian di bandar ini dan sekitarnya untuk mendapatkan tuntutan rebat tunai.

Perkara sama berlaku di Pejabat Pos Besar dan pejabat pos mini di beberapa pasar raya besar di SELANGOR apabila diserbu pemilik kenderaan yang membuat tuntutan.

Ekoran itu berlaku kesesakan terutama pada waktu pagi tetapi keadaan terkawal apabila pihak Pos Malaysia menyediakan pengawal keselamatan.

Di KOTA BHARU, Pejabat Pos Besar bandar itu diserbu lebih 1,000 orang dari seluruh negeri ini. Keadaan tersebut disebabkan kebanyakan pejabat pos di luar jajahan Kota Bharu kehabisan wang dan keadaan menjadi amat sesak sehingga menyebabkan Pos Malaysia membuka 10 kaunter pembayaran.

Di KUALA TERENGGANU, berlaku sedikit kekecohan berikutan urusan tuntutan rebat tunai beberapa kali tertangguh atas masalah teknikal.

Tinjauan mendapati proses tersebut tertangguh gara-gara sistem komputer tergendala hanya selepas 10 minit beroperasi. Kejadian sama berulang kira-kira pukul 9.30 pagi dan berlarutan sehingga pukul 11 pagi.

Di PULAU PINANG, suasana di Pejabat Pos Besar negeri itu bagaikan satu 'pesta'.

Orang ramai mula berkumpul di pekarangan pejabat pos berkenaan seawal 6.45 pagi untuk mendapatkan nombor giliran kerana tidak mahu terlepas 'merasai' wang tunai tersebut.

Walaupun pejabat pos hanya dibuka pada pukul 8.30 pagi dan 'diserbu' kira-kira 200 pemilik kenderaan yang ingin membuat tuntutan pada waktu itu. Meskipun timbul sedikit masalah berkaitan sistem atas talian namun ia dapat diatasi 30 minit kemudian.

Ratusan pelanggan Pejabat Pos Besar di KANGAR menunggu selama kira-kira sejam selepas pejabat itu dibuka bagi menuntut rebat tunai berikutan gangguan sistem talian di situ.

Seorang anggota polis bantuan di pejabat pos itu, Shahimi Shaari berkata kira-kira 500 pelanggan bersesak memasuki ruang menunggu pejabat pos itu sebaik pintu dibuka.

Seorang pelanggan, Halimah Abu Bakar, 50, berkata, beliau datang seawal 7.45 pagi namun kecewa apabila sistem talian tergendala.

Sistem talian itu kembali pulih pukul 9.25 pagi dan proses tuntutan rebat itu berjalan lancar. Kesesakan turut berlaku di pejabat pos Bukit Lagi dan pejabat pos Arau.

Di IPOH, seawal pukul 7.00 pagi orang ramai sudah mula menyerbu pejabat Pos Besar bagi menuntut rebat tunai dengan dikawal anggota polis bantuan. Sehingga pukul 12 tengah hari, seramai 1,000 pemilik kenderaan telah memperolehnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.