VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 April 2014 / 19 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
SELATAN

ARKIB : 10/06/2008

Belia digesa ceburi pertanian


Mohamad Hasan melihat jentera pertanian yang diserahkan kepada ahli PPK Rembau di Kompleks Teknologi Pertanian Ulu Seperi, Rembau, semalam.


REMBAU 9 Jun - Generasi belia disaran menceburi bidang pertanian kerana penglibatan dalam sektor itu boleh menjanjikan pendapatan dan kehidupan yang lebih baik kepada masa depan mereka.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, generasi belia tidak perlu merasa bimbang untuk terlibat dalam sektor yang menguntungkan itu dengan menceburi bidang pertanian, penternakan dan perikanan.

''Golongan muda kebanyakannya lebih berminat bekerja dalam sektor 'kolar putih.' Tidak ramai yang mahu mengotorkan tangan untuk menjadi petani.

''Pemikiran begini perlu diubah kerana sektor pertanian boleh menguntungkan mereka," kata beliau.

Mohamad berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-29, Pertubuhan Peladang Kawasan Rembau di Kompleks Teknologi Pertanian Ulu Seperi di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat dan Pengerusi PPK Rembau, Abd. Wahab Gawa.

Kata Mohamad, biarpun masih ada pilihan di kalangan generasi belia terhadap peluang pekerjaan di negara ini, ramai juga yang telah berjaya dalam sektor pertanian.

''Mereka yang berijazah dan mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang juga boleh mengubah corak hidup untuk menjadi petani, penternak dan peladang yang berjaya.

''Kita mempunyai banyak program dalam membangunkan sektor ini serta penyaluran bantuan kepada mereka yang mahu berjaya,'' katanya.

Kerajaan juga jelas beliau, sentiasa memberi sokongan kepada generasi belia untuk aktif memajukan kawasan tanah terbiar dan menggalakkan mereka membangunkan produk pemakanan untuk dipasarkan dalam dan luar negeri ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Mohamad memuji langkah PPK Rembau yang aktif sehingga mampu memberikan dividen sehingga 15 peratus kepada ahli yang kini berjumlah lebih 4,000 orang.

''PPK Rembau telah menunjukkan peningkatan yang cemerlang kerana komitmen bersungguh-sungguh ahli dan kepimpinannya yang telus dan mampu memberikan khidmat yang baik kepada ahli.

Mohamad turut meminta Jabatan Pertanian negeri, Pejabat Daerah mengenal pasti mana-mana kawasan tanah terbiar di negeri ini, yang boleh dimajukan sebagai kawasan pertanian baru.

''Saya berharap setiap daerah mempunyai pusat pengumpulan hasil tani, di mana peladang, petani mahupun penternak boleh memasarkan produk mereka di satu kawasan dan di situ juga urusan jual beli dilakukan dengan pemborong,'' tegas beliau.

Pada majlis itu juga PPK Rembau yang diwakili Abd. Wahab mengeluarkan zakat sebanyak RM19,500 kepada Baitumal yang diserahkan kepada Mohamad yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.