VERSI : Mobile | Akhbar Digital
29 Julai 2014 / 2 Syawal 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 10/06/2008

Reaksi seluruh negara - Harga 6 barang basah naik

KUALA LUMPUR 9 Jun – Harga enam barang basah di Kelantan dan Sarawak naik mendadak hari ini iaitu tomato, ikan kembung, daging lembu, sawi, udang kecil dan ayam selepas seminggu pengumuman kenaikan harga minyak.

Di KELANTAN, harga tomato didapati naik sebanyak 20 sen menjadikannya RM3 sekilogram berbanding RM2.80 semalam manakala harga ikan kembung naik 50 sen menjadikannya RM4.50 sekilogram.

Daging lembu di negeri itu pula naik sebanyak RM1 dan menjadikannya RM15 sekilogram hari ini.

Sementara di SARAWAK, sayur sawi menunjukkan kenaikan mendadak iaitu sebanyak RM1.50 menjadikannya RM5 sekilogram hari ini berbanding RM3.50 semalam.

Harga udang kecil turut meningkat di negeri itu iaitu sebanyak RM2 menjadikannya RM6 sekilogram hari ini berbanding RM4 semalam, manakala harga daging ayam meningkat 20 sen menjadikannya RM7 sekilogram hari ini.

Di LEMBAH KLANG, harga sayur-sayuran berbeza-beza mengikut pasar basah yang seterusnya menimbulkan kebuntuan kepada golongan berpendapatan rendah.

Harga kebanyakan sayur di beberapa pasar meningkat sebanyak 20 hingga 50 sen bagi setiap barang termasuk bawang merah yang didapati meningkat mendadak iaitu sebanyak RM3 hari ini menjadikannya RM4.50 sekilogram.

Harga barang basah di negeri-negeri lain tidak banyak menunjukkan perbezaan hari ini.

Di JOHOR BAHRU, beberapa harga barang di bandar raya ini turut naik termasuk sayur-sayuran yang mula meningkat pada kadar 10 sen hingga RM1 termasuk kacang buncis, kacang panjang dan timun.

Seorang peniaga, V. Letchmi, 52, menjangkakan kenaikan harga sayur akan terus meningkat di negeri itu kerana pembekal meletakkan harga tinggi daripada harga yang biasa dibeli sebelum kenaikan harga minyak.

“Contohnya, harga timun terkini ialah RM2 sekilo berbanding sebelum kenaikan harga minyak iaitu hanya RM1 sahaja,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Kayom Osman, 62, berkata dia terkejut kerana harga jering turut meningkat di pasar berkenaan.

“Rata-rata sayur termasuk ulam, saya lihat naik dalam kadar sehingga RM1.

‘‘Kalau dulu sepinggan jering baru RM1, tapi hari ini sudah jadi RM2. Begitu juga harga petai, sekarang sudah mencecah RM6 bagi dua ikat berbanding RM2 seikat minggu lepas,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.