VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Oktober 2014 / 7 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
JOHOR

ARKIB : 09/06/2008

Zulfahmi juara pertandingan ukir buah

JOHOR BAHRU 8 Jun - Lebih 15 peserta menyertai pertandingan mengukir buah-buahan yang diadakan sempena Sambutan Bulan Citrawarna dan Citrarasa Malaysia 2008 Peringkat Negeri Johor di Dataran Bandaraya di sini hari ini.

Pertandingan anjuran Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (KPYPJ) yang terbuka kepada orang ramai itu dimenangi oleh bekas penuntut Yayasan Pelajaran Johor (YPJ), Zulfahmi Zakaria, 22.

Pemegang Diploma Penyediaan Makanan dan Kulinari dari YPJ itu hanya mengambil masa selama 30 minit untuk mengukir bunga mawar pada buah tembikai.

Zulfahmi yang kini bekerja di Hotel Hyatt di sini berkata, kejayaan itu cukup menggembirakannya kerana percubaan sebelum ini dengan menyertai beberapa pertandingan ukiran buah-buahan gagal memberi kemenangan.

"Saya memang suka mengukir. Untuk pertandingan ini saya pilih buah tembikai walaupun peserta diberi pilihan untuk mengukir timun, nanas atau betik," katanya yang menerima ganjaran baucer makanan dan hamper di atas kemenangan tersebut.

Pertandingan yang diadili oleh empat juri, Mohd. Faizal Md. Saleh, Rusnita Paiman, Noliza Hashim dan Mohd. Naim Mohd itu menilai daripada segi kreativiti (50 peratus), kekemasan (30 peratus) dan kebersihan (20 peratus).

Sementara itu, Norazmie Hussian, 21, yang menduduki tempat kedua menerusi ukiran bunga kekwa pada buah tembikai itu juga sering menyertai pertandingan.

Dia yang masih mencari peluang pekerjaan itu berkata, melalui pertandingan kemahiran mengukirnya dapat diperbaiki.

"Saya sedang mencari peluang pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran.

"Sebenarnya mengukir buah-buahan ini lebih susah daripada mengukir bongkah ais kerana ukiran buah-buahan perlu berseni sedangkan ais tidak cuma perlu berhati-hati sewaktu mengukir," katanya yang berasal dari Simpang Renggam itu.

Bagi pemenang tempat ketiga, Mohd. Wazreduan Abdul Wahid, 25, kebolehan mengukir telah dijadikan satu kerjaya apabila mengambil tempahan menyediakan hidangan pada majlis perkahwinan.

Dia yang bekerja di bahagian pastri di Hotel Hyatt berkata, setiap kali musim cuti sekolah rezekinya bertambah kerana ramai orang mengadakan majlis perkahwinan dan dia sering diundang menyediakan hidangan untuk makan beradat bagi pengantin.

"Selalunya saya ambil tempahan menyediakan hidangan untuk makan beradat iaitu dari makanan hinggalah kepada hiasan meja utama," katanya.

Sepanjang sambutan Bulan Citrawarna dan Citarasa Malaysia 2008 peringkat negeri yang bermula Jumaat dan berakhir hari ini pelbagai aktiviti telah diadakan.

Antaranya persembahan tarian kebudayaan, pertandingan mewarna, slot lawak, pameran dan pertandingan gerai tercantik yang disertai oleh pelbagai agensi kerajaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:05
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.