VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 September 2014 / 26 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
RENCANA

ARKIB : 04/06/2008

Kekuatan Hizbullah elak perang saudara

TERTUBUHNYA kerajaan Perpaduan Negara Lebanon beberapa hari lepas selepas hampir 18 bulan kerajaan Gabungan berada dalam keadaan yang tidak menentu adalah manifestasi kepada senario geopolitik Asia Barat yang sama sekali tidak boleh mengetepikan peranan apa yang dituduh oleh Washington sebagai negara paksi kejahatan iaitu Iran dan Syria.

Sukar untuk menafikan bahawa keputusan mengenai masa depan Lebanon yang dicapai di Doha pada 21 Mei lepas adalah lebih menyebelahi kehendak Syria dan Iran berbanding dengan apa yang diharapkan oleh Amerika Syarikat, Perancis dan Arab Saudi yang turut serta dalam perbincangan tersebut.

Antara persetujuan penting yang dicapai di Doha adalah kesemua pihak yang bertelagah bersetuju melantik Jeneral Michel Suleiman sebagai Presiden Lebanon yang semenjak November 2007 gagal di isi selepas dikosongkan oleh Emile Lahoud. Pelantikan Suleiman dianggap kemenangan kepada kumpulan Hizbullah kerana Presiden Lebanon terbaru ini lebih menyebelahi Damsyik dan Teheran.

Persetujuan Doha yang tidak menyentuh langsung isu sensitif seperti pemilikan aset ketenteraan seperti senjata dan alat komunikasi oleh Hizbullah juga merupakan kemenangan besar bagi kumpulan tersebut. Perlu diingat bahawa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengeluarkan Resolusi 1559 pada tahun 2004 yang menghendaki Hizbullah melucutkan senjata.

Tetapi persetujuan yang paling penting dicapai semasa rundingan di Doha adalah Hizbullah akan diwakili oleh 11 menteri dalam kabinet Perpaduan Negara Lebanon yang berjumlah 30 jawatan kesemuanya. Komposisi kabinet seperti ini membolehkan Hizbullah mempunyai kuasa veto dalam setiap keputusan yang bakal dibuat oleh Perdana Menteri Fuad Siniora.

Timbul berbagai pertanyaan dan andaian bagaimana kumpulan Hizbullah yang dianggap sebagai kumpulan pengganas dan di sokong pula oleh Syria dan Iran mampu memperolehi keputusan sedemikian sedangkan Washington seboleh-bolehnya mahu menghapuskan pengaruh Hizbullah di Lebanon.

Adakah pengaruh Damsyik dan Teheran begitu kuat sekali di Lebanon walaupun tanpa kehadiran tentera Syria yang terpaksa berundur pada tahun 2005 adalah begitu menarik sekali untuk dibuat analisis. Tetapi apabila diaju soalan mengenai agenda Iran di Asia Barat kepada Penasihat Dasar Luar kepada pemimpin tertinggi Iran, Ali Akbar Velayati yang melakukan lawatan rasmi ke Malaysia minggu lalu, beliau dengan bersahaja menjawab Teheran hanya ingin melihat kedamaian di rantau tersebut.

Perjanjian Doha jelas menunjukkan bahawa kemelut Asia Barat tidak kira sama ada ia berlaku di Lebanon, Iraq atau Palestin, penyelesaian isu tersebut memerlukan kerjasama daripada pihak yang dianggap oleh Washington sebagai pencetus keganasan seperti Syria dan Iran.

Hizbullah telah banyak kali cuba dihapuskan sama ada melalui peruntukkan undang-undang antarabangsa seperti resolusi Majlis Keselamatan PBB ataupun kaedah ketenteraan melalui proksi tentera Lebanon dan Israel, Hizbullah tetap berdiri teguh dan menjadi bertambah kuat.

Saluran PBB telah banyak kali digunakan untuk melemahkan Hizbullah seperti resolusi 1559 dan yang terbaru resolusi 1701 pada tahun 2006. Begitu juga melalui desakan PBB mengenai siasatan pembunuhan Rafik Hariri mengakibatkan pengunduran tentera Syria dari Lebanon pada tahun 2005.

Israel pada tahun 2006 menceroboh Lebanon dengan niat untuk menghapuskan Hizbullah buat selama-lamanya tetapi menemui kegagalan. Paling terbaru, tiga minggu lepas kumpulan yang setia dengan pemimpin Sunah Saad Hariri cuba memusnahkan aset komunikasi Hizbullah dan sekali lagi menemui kegagalan. Tindak tanduk terbaru terhadap Hizbullah tersebut yang hampir menjerumuskan kepada perang saudara, dilihat sebagai pemangkin kepada persetujuan Doha.

Persetujuan Doha mengenai masa depan Lebanon berjaya dicapai kerana semua pihak telah berkompromi mencapai keputusan. Washington dalam kes ini telah memainkan peranan penting dengan tidak mendesak supaya Hizbullah melucutkan senjata seperti yang dikehendaki oleh Resolusi 1559.

Perkara ini berlaku bukan kerana terdapat perubahan strategi Washington tetapi kerana akur dengan keadaan bahawa pengaruh politik dan ketenteraan Hizbullah adalah begitu kuat sekali di Lebanon. Kekuatan Hizbullah bukan sahaja terletak kepada sokongan padu daripada rakyat Lebanon berfahaman Syiah, tetapi paling penting Syria dan Iran dikatakan berdiri teguh di belakang kumpulan tersebut.

Jika Washingtom masih tidak mahu menerima Hizbullah dalam senario politik Lebanon, maka besar kemungkinan perang saudara akan meletus yang dijangkakan lebih teruk dari apa yang telah berlaku di antara tahun 1975-90. Tidak dapat dinafikan sikap pragmatik Washington telah menyelamatkan Lebanon dari krisis perang saudara.

Senario yang serupa juga dikatakan berlaku di Palestin dimana kumpulan Hamas dijangka memainkan peranan seperti Hizbullah di Lebanon. Tetapi kekuatan Hamas adalah tidak sehebat dan menyeluruh seperti Hizbullah kerana Israel masih mempunyai kawalan sama ada di Semenanjung Gaza atau Tebing Barat. Tidak seperti di Lebanon, tentera Israel tidak mempunyai masalah melakukan operasi tentera kerana tentangan yang diberi oleh Hamas adalah begitu terhad sekali.

Selagi status quo mengenai kekuatan dan pengaruh Hamas di Palestin berkekalan, selagi itu Washington tidak akan mengubah pendirian mereka apabila berhadapan dengan kemelut rakyat Palestin.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.