VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 September 2014 / 25 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
MUKA HADAPAN

ARKIB : 04/06/2008

2 terbunuh, 17 cedera bas jatuh gaung


NAHAS LAGI... Bas yang terjatuh ke dalam gaung setelah terbabas di Kilometer 22.5 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak ini mengorbankan dua penumpang manakala 17 lain cedera parah. Kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 6.30 petang semasa bas itu yang membawa 40 penumpang dalam perjalanan menuruni Genting Highlands ke Kuala Lumpur semalam. GAMBAR ZULAZHAR SHEBLEE


GENTING HIGHLANDS 3 Jun - Dua penumpang terbunuh manakala 17 lagi cedera parah apabila bas Ekspres Genting yang mereka naiki terhumban ke dalam gaung sedalam 20 meter di Kilometer 25.5 di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, kira- kira 5.4 kilometer dari tol Gombak, dekat sini hari ini.

Seorang daripada penumpang yang maut adalah wanita yang dipercayai berasal dari Seremban manakala seorang lagi mangsa merupakan lelaki tempatan, namun identiti kedua-dua mangsa belum diketahui.

Sebahagian besar daripada penumpang bas berkenaan adalah pelancong asing.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, bas tersebut yang membawa 40 orang penumpang dalam perjalanan dari Genting Highlands ke terminal bas Pasar Rakyat di ibu kota.

Menurut Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, Deputi Supritendan Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa, siasatan awal mendapati bas itu dipercayai hilang kawalan disebabkan jalan licin lalu terbabas di sebelah kiri lebuh raya tersebut dan melanggar penghadang jalan sehingga terjunam ke dalam gaung.

Menurutnya, kedua-dua mangsa iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan yang masing-masing berusia 40-an mati di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala setelah tersepit dalam bas tersebut.

Dikeluarkan"Mayat pertama seorang lelaki berjaya dikeluarkan kira-kira pukul 6.43 petang manakala mayat kedua dikeluarkan setengah jam kemudian,'' katanya.

Menurutnya, kedua-dua mayat itu dihantar ke HKL untuk bedah siasat.

"Sebanyak 17 penumpang yang cedera parah termasuk pemandu bas dikejarkan ke Hospital Selayang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Sementara 20 lagi katanya, cedera ringan dengan 17 dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan tiga lagi ditempatkan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Beliau berkata, kesemua penumpang dipercayai berusia antara 20 dan 40 tahun.

Mohamed Rafiq memberitahu, sehingga pukul 10 malam ini operasi mencari mangsa masih diteruskan bagi memastikan tiada mangsa yang terperangkap dalam kenderaan terbabit.

Sementara itu, Pegawai Penguat Kuasa Bomba dan Penyelamat Selayang, Abd. Wahab Ariffin berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada pukul 6.34 petang

Beliau berkata, seramai 44 pegawai dan anggota dari Balai Bomba Hang Tuah, Ampang Jaya, Wangsa Maju dan Selayang bergegas ke tempat kejadian. Jentera bomba tiba 13 minit kemudian.

Jelasnya, operasi menyelamat mengambil masa hampir dua jam untuk mengeluarkan kedua-dua mayat.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.