ARKIB : 04/06/2008
PM dengar rintihan persatuan penjaja dan peniaga kecil
PUTRAJAYA 3 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi jaminan akan mengambil perhatian serius berhubung isu pembinaan pasar raya besar secara berleluasa sehingga dikatakan 'membunuh' peniaga-peniaga kecil negara ini.
Timbalan Presiden, Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia, Mohamad Mahmood berkata, Perdana Menteri memberi maklum balas positif terhadap rintihan penjaja dan peniaga kecil yang dibangkitkan pada pertemuan petang ini.
"Walaupun gaya pembeli sekarang ini lebih memilih untuk berbelanja di pasar raya besar, namun kita meminta kerajaan menyemak semula syarat-syarat yang diberikan mengenai pembinaan pasar raya ini.
"Perdana Menteri memberi maklum balas yang positif berhubung isu ini serta berjanji akan mengambil perhatian serius berhubung isu ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Utusan Malaysia dalam laporan khas hari ini mendedahkan pertumbuhan pasar raya besar milik syarikat multinasional yang dikatakan memberi kesan negatif terhadap peniaga kecil negara ini.
Keghairahan untuk bersaing sesama mereka menyebabkan pasar raya tersebut berusaha memperluaskan empayar masing-masing tanpa mengambil kira syarat yang ditetapkan oleh kerajaan.
Mohamad berkata, pada pertemuan bersama Abdullah itu, persatuan turut membangkitkan komen-komen berbaur perkauman yang banyak dipaparkan di blog sehingga mengguris hati kira-kira 50,000 ahlinya.
Selain itu katanya, masalah kenaikan harga barang keperluan yang menjejaskan golongan berkenaan juga dibincangkan bersama Perdana Menteri.
"Walaupun golongan pengguna yang secara terus mengalami masalah ini namun peniaga juga turut terkena tempiasnya. Jadi kita membangkitkan perkara ini juga kepada Perdana Menteri untuk diambil perhatian," katanya.
Pertemuan selama dua jam yang diketuai Presiden persatuan itu, Datuk Ramli Norani turut disertai oleh 32 ahli jawatankuasa lain persatuan berkenaan.
Bajet 2014 dibentang 25 Oktober - PM
KDN bantu kekang fahaman Syiah
Titah Sultan Mizan perlu dijadikan panduan
Isu tudung boleh gugat perpaduan rakyat
Haram halang pakai tudung
Malaysia fokus pembangunan kandungan
Wujudkan dasar dakwah kebangsaan
'Kenaikan 30% adalah mustahil'
'Sultan Sulu' tiada hak terhadap Sabah - Musa Aman
Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri rasmi kampus baharu MSU
MyCC diarah siasat PMBOA di bawah Akta Persaingan
Penyalahgunaan ICT dipantau
Keluarga mangsa hargai operasi mencari
25,000 kontraktor kecil bumiputera diberi keutamaan
Menteri 4 negara bincang isu jerebu
Skuad khas tangani jenayah, vandalisme
LIA2 siap 30 April 2014
Polis, SKMM bincang tindakan hina Nabi
RM10 juta naik taraf laluan motosikal Lebuh Raya Persekutuan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










