ARKIB : 03/06/2008
Stesen minyak sempadan mula lengang
![]() |
|
Salah sebuah stesen minyak di pekan Rantau Panjang lengang, ekoran penguatkuasaan larangan jualan minyak kepada kenderaan asing, semalam. |
RANTAU PANJANG 2 Jun - Stesen-stesen minyak di kawasan sempadan mula lengang apabila kenderaan dari Thailand tidak lagi dibenarkan mengisi minyak berkuat kuasa hari ini.
Ia memberikan gambaran yang amat berbeza kerana sebelum ini kenderaan dari negara jiran itu setiap hari berpusu-pusu menunggu giliran mengisi minyak.
Bagaimanapun penunggang motosikal dari Thailand masih dibenarkan mengisi minyak tetapi jumlah yang diisi tidaklah begitu banyak manakala jualan dalam bekas dihadkan lima liter sahaja.
Keadaan ini juga menimbulkan keluhan di kalangan sembilan pengusaha stesen paling hampir dengan sempadan terutama di Rantau Panjang kerana pendapatan mereka yang dikatakan mengatasi pengusaha di bandar dan pekan lainnya susut dengan ketara.
Stesen-stesen minyak di Sungai Golok pula dikatakan mula bernafas sedikit hari ini setelah pengguna tidak lagi berpeluang mendapatkan petrol di Kelantan yang jauh lebih murah, cuma RM1.92 seliter berbanding hampir RM4 seliter di Thailand.
Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa stesen minyak di sempadan mendapati tidak ada sebarang kekecohan berlaku kerana tiada sebarang cubaan oleh mana-mana pihak untuk memaksa pihak pengusaha melanggar larangan yang ditetapkan.
Pelbagai jabatan dan agensi penguatkuasaan termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan; Pasukan Gerakan Am (PGA); Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) membuat pemantauan di sekitar stesen-stesen.
KPDNHEP memaparkan notis Amaran Kerajaan Malaysia larangan jualan petrol dan diesel terhadap kenderaan yang tidak didaftarkan di Malaysia di setiap stesen di samping mengagih-agihkannya kepada orang ramai.
Hampir 50 pegawainya ditempatkan di semua stesen termasuk yang terletak di sempadan manakala jabatan dan agensi lain mempertingkatkan kawalan di sempadan agar tidak berlaku lagi 'kebocoran'.
Sementara itu, seorang pengurus stesen minyak, Che Yam@Illias Zahrah Che Seman, 62, berkata, ekoran larangan berkenaan, jualannya yang sebelum ini mencecah RM60,000 sehari menurun kepada RM5,000.
"Kalau begini, macam mana saya hendak membayar gaji 27 pekerja, beli minyak dan membayar hutang bank. Nak harapkan motosikal berapa sen saya boleh dapat, nak bayar gaji pekerja pun tak cukup.
"Dalam tempoh sebulan ini, saya boleh lagi membayar gaji pekerja tetapi kalau keadaan ini berterusan kemungkinan pekerja akan dibuang kerana saya tidak dapat membayar gaji mereka,'' katanya di sini hari ini.
Sementara itu, seorang pengguna, Mohd. Ismail Dolah, 56, mengeluh dengan tindakan kerajaan yang tidak membenarkan kenderaan asing mengisi minyak di negeri ini.
Katanya, terdapat ramai penduduk di kawasan ini yang turut menggunakan kereta yang didaftarkan di Thailand dan mereka akan menghadapi masalah.
"Kalau keadaan ini berterusan, mereka yang menggunakan kenderaan Thailand dan tinggal di sini, terpaksa berjalan kaki nanti,'' katanya.
PM seru rakyat bergerak sekumpulan
Kegemilangan pemerintahan berakhir jika alpa kejayaan dicapai - Raja Nazrin
Tindakan tahan pencetus huru-hara wajar
Parti politik boleh kemuka petisyen bantah PRU-13
AirAsia X kecewakan jemaah
Lagi kesatuan pekerja bidas AirAsia, jadikan pilihan terakhir
Dewan Rakyat bersidang mulai 24 Jun
'Mesti tegas bendung ajaran sesat'
Rakyat tidak minat sertai spring
Rosmah mahu Bakti lebih aktif, bantu tingkat imej kepemimpinan negara
Siti Hanisah cipta rekod baharu
7 agensi beruniform perinci tuntutan skim gaji
Kualiti pendidikan di pedalaman dilonjak
Pengusaha kimpalan kereta tawar kemahiran kepada belia Melayu
AIM bantu 90 peratus ahli keluar dari kemiskinan
13 barang kawalan sempena Pesta Kaamatan
Pendidik perlu pantas jayakan PPPM - Musa
Kematian adik saya dapat pembelaan - Zaidah
Ibu Sosilawati puas hati pembunuh dihukum
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










