VERSI : Mobile | Akhbar Digital
28 Ogos 2014 / 2 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 02/06/2008

Almari gaya kedesaan


RAK gantung dan hiasan kecil lain yang menyerikan rumah.


TIDAK lengkap sebuah rumah tanpa almari perhiasan atau rak gantung bagi menyerlahkan penampilan sesuatu ruang.Almari dan rak gantung itu berfungsi bukan sekadar tempat menyimpan barangan hiasan tetapi titik tumpuan bagi ruang tamu atau ruang makan.

Pelbagai almari gaya kedesaan Inggeris boleh diperoleh di Luqkissa Furnishing, daripada almari hiasan, almari tepi, almari berlaci atau almari berbentuk gerobok, semuanya berwarna putih.

Malah warna putih itu boleh dikategori sama ada pelanggan mahukan yang benar-benar putih atau krim, gading dan klasik Inggeris.

Kayunya juga pelbagai iaitu kayu oak, jati, merbau atau kayu keras.

Banyak pilihan yang boleh dibuat oleh pelanggan apabila meninjau ke Luqkissa.

Sementara itu, rak gantung juga turut memain peranan dalam menceriakan kediaman.

Barang-barang hiasan kecil seperti piring hiasan dan koleksi pinggan mangkuk menjadi pilihan bagi diletakkan di rak gantung.

Pilihan sama ada mempunyai dua para, tiga para atau empat para serta berlaci, semuanya ada, cuma pelanggan harus memilih kesesuaian dengan konsep rumah.

Bunga ros, lily dan bunga tiga bulan adalah corak yang mewarnai setiap koleksi kedesaan ini.

Koleksi yang datang dari Taiwan, Indonesia dan tempatan ini kebanyakan adalah rekaan pemilik Luqkissa sendiri, Zakiyah Zainuddin.

''Semua rekaan corak adalah daripada idea saya sendiri. Saya selalu memastikan setiap corak itu mencapai standard yang dikehendaki dan juga produk yang dihasilkan berkualiti.

''Ini kerana saya mahu memberi kepuasan kepada pelanggan yang telah lama memberi sokongan kepada Luqkissa,'' kata bekas pegawai bank.

Bercakap mengenai penjagaan pula, Zakiyah memberitahu, perabot kedesaan ini sekiranya tiada lapisan atas, tidak dilap dengan kain basah terutamanya di tempat bunga.

''Cuma lap dengan kain kering, tetapi jika mempunyai lapisan kilat di atas terutamanya dari Indonesia, ia boleh dilap dengan kain basah.

''Bagi menghilangkan habuk, terdapat minyak cat dan varnis boleh membantu,'' ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:17
Asar 4:28
Maghrib 7:22
Isyak 8:32


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.